BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

30.5.12

5 Kesalahan Membersihkan Wajah



Sudah mencuba perbagai produk perawatan wajah yang mahal, tetapi kulit belum juga cantik seperti diinginkan? Hmm... cuba teliti semula rutin Anda merawat wajah setiap hari. Kerana menurut doktor kulit dari New York, dr Jeannette Graf, ada beberapa kesalahan yang kerap dilakukan wanita ketika merawat kulit wajah. Pastikan Anda tidak melakukan salah satu darinya yang antaranya seperti berikut:

1. Tidak membersihkan wajah sebelum tidur
Kita sering melakukan kesalahan pada malam hari. Dalam kondisi tubuh yang kepenatan, kita jadi malas melakukan hal-hal rutin, termasuk membersihkan wajah sebelum tidur.

"Terdapat banyak wanita yang tidur dengan kosmetik masih menempel di wajah. Akibatnya mengganggu proses regenerasi kulit yang berlaku semasa tidur," ujar Graf.

Untuk mengatasi rasa malas sehingga lupa membersihkan wajah, letakkan kelengkapan pembersih muka disisi tempat tidur. Ini mampu membantu Anda lebih mudah mencapai produk pembersih kosmetik itu meski dalam keadaan mengantuk sekalipun.

2. Tidak mencuci muka pada waktu pagi
Mencuci muka pada pagi hari perlu dilakukan untuk membersihkan muka dari segala bakteria dalam tubuh, dan sisa kosmetik yang kemungkinan masih berbekas. Ketika tidur, kulit tetap bekerja untuk melakukan regenerasi dan membersihkannya dari segala kotoran yang ada. "Walaupun sudah mencuci muka di waktu malam hari, sebaiknya diulangkan lagi  selepas lapan jam kemudian," ujarnya.

3. Menggunakan sabun wajah berparfum
Parfum bermaksud pewangitambahan atau bau wangi dalam sabun wajah. Mungkin ini tidak dilihat berbahaya, namun tambahan pewangi akan mengganggu dan menghalang pembentukan lemak semulajadi pada kulit. Hasilnya, kulit akan menjadi kering atau mengalami alahan.

4. Terlalu sering mencuci muka
Ketika muka terasa lengket, kotor, atau kepanasan, mencuci muka boleh menjadi satu cara berkesan untuk menyegarkannya kembali. Namun, berhati-hatilah jika Anda terlalu sering mencuci wajah. Ketika mencuci muka, biasanya Anda akan menggosok kulit wajah. Tekanan yang terlalu keras atau kandungan sabun muka yang terlalu keras dan tekstur yang kasar akan membuat kulit menjadi kemerahan dan kering. Air sebenarnya merupakan salah satu faktor penyebab kulit menjadi kering.

5. Menggunakan make-up ketika bersukan
Ketika bersukan, diingatkan agar tidak bersolek terlebih dulu. Make-up akan membuat kulit tidak dapat bernafas, dan membuat kulit menjadi lebih panas. Anda bersukan, agar peluh tidak bercampur dengan debu atau kesan kosmetik yang akan menyumbat liang roma.

21.4.12

Memori Di Hari lahirmu....


Sempena Ulang tahun ke 19 buat ke sekian kalinyer... ( rasanya dah berbelas kali kot sambut umo 19 tahun opppss)... sebuah program berjudul "LAHAP BERSAMA" telah di adakan pada 24 Mac 2012 yang lalu... masak bersama... malantak bersama.... haiyoooo... sesi makan mesti tak pernah miss kan... opppsss hehe


 Walau pun pinggan-pinggan pemakan comel sungguh... lauk-pauk dihidang sebesar periuk... 
ko mampoooo... pitammmm

Kek kecik jer... dessert versi diet, kata ms lucy... diet ka??

kek kecik kannn.... eloklah kiter mengurangkan makanan berkalori..
tapi....

 Bubur pisang tanduk seperiuk... 
pengganti jimat kalori ka?

Hidangan 3 orang... boley???

kannn.... wajah-wajah kekenyangan opppps
dannn

terlebih kenyang oppppsss

Persatuan Ibu Tunggal Mengandung opppss hehehe

Anyway... thanks muaaahhhh
Ms Lucy dan Naz
untuk kenangan indah ini

Love U Friendss



10.4.12

4 JENIS JAMU PALING POPULAR DIKALANGAN WANITA



Wanita dipercayai mempunyai banyak keperluan dalam aktiviti perawatan tubuh dan kecantikan yang dapat dipenuhi dari jamu. Pengarah Urusan Produk Jamu Indonesia, Jamu PT Nyonya Meneer, Dr Charles Saerang menegaskan bahwa daripada 300 produk keluaran syarikat dimilikinya, 60 peratus adalah produk untuk wanita.


Beliau turut memberitahu, dari berpuluh produk jamu tersebut, hanya empat di antaranya paling memiliki permintaan tinggi, iaitu:

1. Jamu bersalin.
"Permintaan untuk jamu bersalin amat tinggi," ujar Bapak Charles Saerang semasa sesi sidang media di Restoran Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada minggu lalu. Beliau juga menghebahkan bahwa pada tahun 2011, tercatat lebih 700.000 pembelian set jamu bersalin. Dengan perangkaan, jumlah kelahiran tahunan sekitar 3 juta orang dikalangan berbangsa melayu.

Jamu bersalin, selain berfungsi mengatasi perbagai keperluan ibu sesudah bersalin, juga diminati untukmembantu mengembalikan kesegaran serta bentuk tubuh setelah berpantang melahirkan.



2. Meremajakan kulit.
Jamu untuk awet muda tercatat sebagai jamu popular kedua. Fungsi utamanya, adalah untuk memelihara kulit dan tubuh agar tetap awet muda dan membantu meremajakan kulit.

3. Daya Seksual.
Jamu merapatkan vagina juga agak popular dan didapati ramai wanita memenuhi keperluan seksual mereka dengan mengamalkan jamu ini. Menurut Bapak Charles Saerang, permintaan jamu ini diantara tertinggi di Malaysia.

4. Awet muda.
Keinginan memiliki penampilan yang segar dan terlihat muda, juga menjadi keperluan utama kaum hawa. Perawatan tubuh dengan jamu tradisional menjadi pilihan ramai wanita dalam memenuhi keperluan ini.

"Jamu ini terdiri dari dua sesi pemakanan, jamu awet muda siri satu dan dua. Jamu siri satu diminum pada waktu pagi hari, jamu siri ke-dua pula pada waktu malam hari. Fungsinya menjaga stamina tubuh agar tetap segar beraktiviti sepanjang hari, dan menjaga stamina pada malam hari untuk aktiviti kelamin bersama suami," jelas Bapak Charles Saerang.

Selain empat jenis jamu tersebut, kaum wanita juga memilih beraneka jenis produk jamu untuk merawat tubuh. Seperti krem merawat ketegangan payudara. Dan satu lagi yang menjadi popular dikalangan kaum ibu adalah minyak telon.

22.3.12

REUNION NEW YEAR (PART TWO) - KENANGAN MENGUSIK JIWA

Sesi Makan yang tidak berkesudahan...


Di kamar hotel melahap kek lapis sarawak bawaan Miss Lucy....
selepas bangun pagi... pagi ka kalo jam menunjuk ke pukul 1 tengahari tu? opppss



di Thai Cuisine untuk sesi makan petang... 


melawat sambil verangan menjadi pensyarah tersohor
di Monash University
ala-ala Miss Lucy... boley!


hi tea session... melahap ais krim mahal..
sebelum menonton filem seram
"Malam ini kubur Berasap"
haiyooo...


jajan lewat malam di restoran mamak
mengisi perut sebelum masuk tidur...
Hanya mee goreng... sedikit ayam goreng...
boley ka di panggil jajan! Howw

Breakfast di hari terakhir reunion...
di kafe hotel...

Lucy.. Emy... Naz... Ries
Love Friend forever

17.3.12

FAKTA COKLAT YANG PERLU DIKETAHUI





Hampir kesemua wanita dan segelintir lelaki gemar memakan coklat. Mungkin kerana kesan nyaman yang ditimbulkan, ataupun mungkin rasanya mengundang ketagihan. Namun begitu terdapat pelbagai mitos tentang coklat yang perlu diambil kira akan kepalsuann dan kebenarannya :


1.    Meningkatkan tenaga semasa bersukan

Anda tak perlu mengamalkan ‘sports drink’ atau minuman ‘protein shakes’ yang sering disediakan untuk meningkatkan tenaga ketika bersukan. Satu penyelidikan yang diterbitkan di jurnal Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism, telah membandingkan kesan ‘sports drinks; dengan susu coklat dalam mempengaruhi daya tahan atlet bagi memulihkan tenaga selepas sesi bike sprints, dituruti latihan sukan basikal pada keesokan harinya. Terbukti, minuman susu coklat mampu meredakan ketegangan otot selepas sesi sprints, setanding dengan ‘sports drinks’, serta berupaya memulihkan tenaga atlet untuk sesi daya tahan dihari selanjutnnya. 


2.    Menstruasi bukan penyebab ketagihan cokelat

Hampir separuh wanita Amerika sering menikmati cokelat, dan separuh dari penggemar itu mengalaminya semasa dihadiri menstruasi. Namun penyelidikan dari University of Pennsylvania membuat perbandingan kesan semasa waktu pra-haid dan waktu sedang haid telah membuktikan bahwa, hormon-hormon menstrual bukanlah penyebab kepada keinginan tersebut. Penyelidik menemukan bahwa wanita yang mengalami PMS (premenstrual syndrome) cenderung menjadi penggemar tertinggi coklat. Perkara ini berkaitan dengan psikologi di sebalik ‘comfort foods’.

"Coklat secara sosial dianggap sebagai comfort food, dan seseorang kebiasaannya menginginkan comfort food semasa berasa tidak nyaman," jelas Annmarie Kostyk, pakar coklat dari Professional School of Chocolate Arts, Ecole Chocolate, di Canada.


3.    Coklat tidak sesuai untuk melawan rasa mengantuk

Kenyataan coklat mengandungi kafein sering menimbulkan salahpaham. Sebenarnya, kandungan kafein pada coklat amatlah kecil. 28gram Dark chocolate (coklat hitam) mengandungi sekitar 20 mg kafein, manakala 28 gram Milk Chocolate (coklat susu) hanya mengandungi sekitar 5 mg kafein. Jumlah ini bersamaan dengan 226ml minuman kopi tanpa kafein. Berbeza dengan secawan kopi biasa yang mengandungi 100 mg kafein. Bahkan secawan teh pula mengandungi 50 mg kafein.


4.    Mengandung flavonoids

Flavonoids adalah sejenis phytochemical fitokemikal yang terdapat dalam coklat secara semulajadi. Menurut Giana Angelo, penyelidik mikro-nutrien Linus Pauling Institute, Oregon State University, struktur kimia dalam coklat yang unik seperti flavonoids dapat mendorong kesan anti-oksidan, anti-radangan, dan agen pelindung sel. Pengamalan memakan hidangan yang kaya flavonoid dipercayai mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Namun untuk mendapatkan manfaat tersebut, pilihlah mengamalkan coklat hitam. Ini adalah kerana kebanyakan coklat hitam mengandungi 60 peratus sumber koko, dan secara tidak langsung turut mengandungi 536mg flavonoids bagi setiap 40 gr pemakanan. Mengamalkan 80 mg flavonoid sehari dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

5. Coklat tidak merosakkan gigi

Banyak anggapan bahwa memakan cokelat terlalu banyak boleh menyebabkan gigi berlubang. Padahal, kenyataan adalah sebaliknya. Theobromine, sejenis molekul organik yang terdapat pada koko, ternyata mampu membantu menguatkan enamel gigi. Cuma, theobromine tidak dapat diserap dalam kandungan milk chocolate bar, kerana kandungan gula dan susu akan mengurangkan manfaatnya untuk gigi.