BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Memaparkan catatan dengan label KELUH RESAH ORANG PEKAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELUH RESAH ORANG PEKAK. Papar semua catatan

4.9.11

DEAF MALAYSIA : Ucapan Hari Lebaran

AIDILFITRI 2011 : Lawatan Silaturahim YMCA Deaf Club





Tarikh : 2 Syawal
Lokasi : Ipoh, Perak
Masa : 4 hingga 6 petang

16.3.11

Malaysian Sign Language - Family and Friend

4.12.09

H1N1 TAK MESRA OKU PEKAK



Dah banyak kali aku dok dengar tentang seksanya nasib orang pekak ketika penyakit selesema khinzir (H1N1) ni melanda dunia.... Hidup orang pekak & bisu yang hanya berhubung menggunakan bahasa bibir dan bahasa isyarat sahaja jadi teramat sukar... tambah-tambah pula bila kena menghadapi 'orang-orang' yang terlalu kemaruk fobia dengan penyakit tu...

gomen jabatan kesihatan

Aku dok puji promosi orang-orang gomen jabatan kesihatan tentang bab-bab mencegah penyakit ni berjangkit.... Promosi diorang kuat.... Sampai laris giler jadinyer kain penutup muka tu... (Facemask)... dulu masa zaman normal, kain penutup tu haram tak laku... hanya dibeli oleh orang saloon buat penutup muka semasa buat treatment muka... terutamanya khas untuk rawat masalah muka jerawat dan resdung... takut jangkitan gak punyer kes.... berhab uk kat farmasi tu tak laris... tup-tup la ni, licin bersih, gara-gara semua orang beli...

treatment org saloon

Ada sorang kawan orang pekak mengadu susah nak berurusan dengan orang di jabatan gomen gara-gara kes 'fobia' facemask nih... cian dia... dah la tua... merana nak urus skit punya hal sampai berlarut lagi masalah yang ada...

Orang pekak & bisu tu kehilangan dompet... nasib die malang kerana diragut manusia durjana... duit dan semua kad-kad pengenalan diri habis hilang... gara-gara takut dicop pendatang haram indon, dia pun tergesa-gesa la pi balai polis nak report kes kena ragut tu...

Sampai sana semua polis pakai facemask... dia buat bahasa isyarat memberitahu yang dia pekak & bisu... haram polis2 tu tahu... dia cakap gak yang dia hanya pandai dalam bahasa gerak bibir.. dan minta polis2 tu buka kain penutup mulut tu agar senang nak komunikasi... tup tup polis tu kata "


"Pakcik, bahaya la nak bukak penutup ni, takut kena jangkit!"

Tergamam orang tua tu... bukan terkedu kerana kata-kata polis tu ... tapi dia tak faham pasal polis tu bercakap dibalik kain penutup tu... dia tu pekak dan bisu kan... sabor jer... last-last setelah pusing punyer pusing, orang tua tu tulis sendiri police report dia dan suruh polis tu salin ke komputernya untuk buat laporan ragut... berpeluh pakcik tu berjam-jam tersadai kat balas polis tu, gara-gara itu... sabor jer


abik ko, presiden amerika pun tak mesra oku

Pas tu, dia ke jabatan pendaftaran pulak nak bikin kad pengenalan yang hilang... sekali lagi dia tergamam lihat semua manusia-manusia kat kaunter tu semua berselubung hidung dan mulut dengan kain biru itu... sekali lagi dia sengsara kerana orang2 di situ gak bertegas taknak pamer mulut diorang... kenalah guna jugak kertas dan pen untuk berurusan... jadi makin lewat lah nak urus menatang tu.... nasib baik pakcik tu tak buta huruf kan... kalo tak, lagi naya... sabor jer...


pakcik bengang nih!!

Setelah itu, dia pi bank pulak nak buat kad baru... aduhai terkena lagi... berjam-jam nak berurusan... memang lemah dah pakcik tu nak settlekan semua... dah lah kisah kena ragut tak habis sedih lagi, la ni makin sengsara nak urus dokumen-dokumen tu pulok... kekadang pakcik tu terpikir la jugak,


"Apa, muka aku ni muka bawak penyakit tu ka? sampai diorang takut sangat"

Bengang betul pakcik tu... sepanjang hari tersangkut di pelbagai tempat nak uruskan benda-benda tu.... benar2 menguji kesabaran... last-last dia balik dengan wajah boringnyer...

Esoknya, dia plan nak pi jabatan kebajikan masyarakat pulak nak buat kad oku yang hilang... pakcik tu siap dok peringat dalam hati :


"Kalo kat jkm pun kes sama gak, aku bakar jer opis tu!"

Akhirnya hari kedua tu nasib dia baik pulak... orang-orang kat jabatan kebajikan tu, sorang pun tak pakai facemask tu... dan dia dengan mudahnyer dapat urus kat okunyer yang hilang ittew...

Kuiz sang pari-pari : Adakah orang jabatan kebajikan tak takut kena jangkit dengan selesema babi?

wakakakah

3.12.09

ORANG KEJE GOMEN TAK MESRA OKU?



Bahana face mask ni la...

Aku paling hangin bila sentuh bab-bab gini... tambah-tambah biler dengar citer-citer manusia sadis macam gini... aku geram habis... kekadang macam tak percayer jer kat negara malaysia kiter yang maju jaya ni ada gak manusia-manusia yang wajar jadi batu nisan dari dipanggil insan... langsung tak ada timbangrasa... terutamanyer dalam bab-bab layan pada insan-insan oku seperti aku...

Aku nak citer skit pasal seorang insan nih... cian dier... kiter panggil dier adik ajer k...

Adik ni baru jer lagi pegang passport kad oku... dia pekak profound dan tak banyak bercakap gak...



Hari tu, dia buat pertama kali pi hospital besar nak wat check up pasal dia kena selesema, tekak sakit, dan badan pun tak selesa ala demam gitu.... nurse-nurse kat bahagian pendaftaran tu baik sangat, gara-gara ada kad oku, dia free of charge, tak payah bayar apa-apa... bahkan dapat nombor expres tak payah tunggu lama untuk masuk bilik rawatan... kembang gak bila dilayan gitu kan... syabas kerajaan Malaysia atas layanan istimewa ini...

Dan masa masuk bilik rawatan tu la, tragedi dia bermula... aduhai



Doktor tu doktor pompuan melayu.. bertudung litup... siap pakai topeng penutup hidung gitu (face mask)... konon2 nak jaga dari kena jangkit H1N1 ler tu... si adik pun faham ler... memang ramai pun yang dok pakai cam gitu pada musim penyakit 'khinzir' tuh... jadi dia pun tak kesah lah...

Dia duduk, doktor tu saper die... dia tak faham pasal tak nampak bibir doktor tu... lalu dia pun tunjuklah lesen oku die tu dan beritahu dia hanya faham bila dapat baca gerak bibir ajer... dan bilang dia pekak profound...


Korang tau, doktor tu mati-mati taknak bukak facemask dia tu... suruh coret pakai kertas pun taknak... bahkan dia siap jerit-jerit kat adik tu lagi..

"AWAK SAKIT APA HAH!"

macam gitu

"BERAPA HARI SAKIT HAH! DENGAR TAK  NIH"

macam gini gak

Terpana si adik tu... bengkek juga kena jerit tak pasal-pasal.. dah le dia pakai earphone, terus telinga dia sakit dibuatnyer... dalam hati adik tu menyumpah-nyumpah lah...


sialan loh!

"Pompuan ni tak faham ker yang aku pekak profound... kan dah tunjuk kad oku tadi... kalo dia jerit sampai kuar anak tekak pun, bukan aku leh faham... lagi tambah rosakkan earphone kat telinga jer... dan buat bingit kat gegendang ajer"

Last-last, bila si adik tetap senyap pasal tak faham cakap dia gak... pompuan jahanam tu terus tulis ubat dan halau dia kuar pakai bahasa isyarat tangan (Bab tu tau lak dia guna bahasa isyarat ye)... dan berlalu lah si adik tu dengan airmata terharunya gara-gara die dilayan begitu... cian die kan... aduhai...




Aku bila perati citer gini, tercarik-carik hati... ada gak ye, orang belajar tinggi-tinggi sampai tahap doktor tapi perangai tak bertamadun macam gitu... langsung tak de budi bahasa... yang sedihnya dia melayu gak tu... bertudung lak lagi... sia-sia jer berpakaian sopan, tapi akal kat celah kangkang...

Kalo ye pun dia period masa tu, baik jangan datang bertugas... buat menyusahkan orang jer... dan tambah buat dosa kering... lahanat doktor tu kan... isk isk isk...

Dan aku akui bukan semua orang keje gomen  yang bersikap cam gitu... ada gak yang baik... tapi gara-gara segelintir puaka macam pompuan tu... habis sumer terpalit samer... sadis citer ni..

Kekadang terjentik kat kepala aku nih, awat doktor tu susah sangat nak bukak face mask dia yang berharga tak sampai dua ringgit tu... dia pakai gigi emas ke, jadik takut si adik tu rompak... atau dia pun oku macam kitorang tapi oku dalam kes bibir die sumbing... hehehe


mungkin muka doktor tu cam gini kot, yang dier dok sorok sangat!

tapi, aku pasti, mesti ada taik lalat hidup kat bibir dia tu... dasar busuk hati...

wakkakakahhh...

19.11.09

AKU ORANG PEKAK


Ini post pertama untuk segmen "KELUH RASA ORANG PEKAK" di blog Pari-Pari ni. Buat pemula acara, ada baiknyer aku citer tentang diri aku sendiri.

Aku seorang OKU cacat pendengaran Profound. Itu yang doktor tu tulis masa aku pi treatment check up kat hospital kerajaan. Dan kalo korang sumer nak tau, pekak ni ada pelbagai kategori. Jugak ada dalam macam-macam istilah, termasuk lah kot pekak badak...pekak Pak Mat Tempe dalam citer bujang lapok P Ramlee tu pun sekali la kot. Yang pasti, hanya pekak jenis "PROFOUND" sajer yang dianugerahkan kad OKU dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai pekak yang paling harus dibantu.

Mesti korang sumer nak tau, amende pekak 'profound' ni kan. Aku  pun tak tau apa ertinya biler translate ke bahasa melayu... tapi mengikut kata orang-orang kat pejabat kebajikan masyarakat tu. Jugak cakap-cakap kakak nurse di hospital, ia pekak yang tak memahami langsung butir bicara. Maknanya, orang tu bukan kurang dengar (cam Pak Mat tTmpe P Ramlee tu) dan pekak badak (ala-ala selamber buat-buat pekak gitu)... profound ini ada class ala-ala 5 star gitu... standard Hotel Nikko. yang dok gah kat KL tuh.. iaitu saraf yang menghubungi gengendang telinga tak dapat menyampai mesej ke bahagian otak... maknanya samada dia leh dengar bunyi tu tapi tak faham butir bahasanya... atau dia pekak langsung tanpa dengar ape-ape...



Aku seorang pekak profound. Telinga kiri aku langsung tak berfungsi... Telinga kanan sahaja yang boleh menangkap bunyi... Tapi tetap profound... Oleh kerana itu aku gak pegang mastercard kerajaan malaysia... ada sebuah kad oku... di antara berjuta masyarakat orang pekak yang senasib dengan aku kat Malaysia ni..

Banyak kekawan tanya kat aku, camner nak komunikasi dengan orang seperti aku ni... wajar ke jerit-jerit kat telinga bagi senang faham... ye aku akui, ramai orang tak tahu macamaner nak bercakap dengan orang pekak.. la ni aku ajor korang sikit... langkah-langkahnyer k :



1) Ko jeling dulu kat lubang telinga orang pekak tu... kalo takde pakai earphone (alat bantuan pendengaran untuk orang pekak), ko leh jerit kat dia, pasal dah sah le dia tu hanya kureng dengar atau maleh nak layan ko bercakap... ala-ala pekak badak gitu.. jika dia ada pakai earphone tu, ko masuk langkah kedua k



2) Ko perhati dulu earphone tu jenis aper dia pakai... jika jenis masuk ked alam telinga dan tersorok di lubang telinga... sah dia orang pekak profound yang teruk... serta patut dikasihani... ala-ala aku isk  isk  isk... kalo dia pakai earphone yang sangkut ala-ala tongkat kecil pokok krismas kat cuping telinga dia, maknanya dia cacat profound tak teruk...



3) Ko sapa dengan sentuhan di bahu dan  di lengan dia dulu.. agar dia tak mati terkejut... jangan ko ketuk kepala dia pulak k... ini boleh buat dia faham yang ko nak bercakap dengan dia dan dia akan beri tumpuan mata pada ko...



4) Ko tanya kat die, samada dia tahu bahasa bibir tak... jika dia kata ya... ko boleh mulakan perbualan... tapi pastikan ko tak cakap laju-laju... cakap ala sederhana gitu... dan tolong jangan buat bibir voque ala Anita Sarawak ye... kerana hampeh, mampus dia tak faham langsung lak nanti... cakap macam biasa jer... tanpa mengunyah sesuatu, tanpa menjulur-julur lidah... cakap cam biasa jer... cam cakap dengan pakwe/makwe ko... mesra k

atau kalau dia cakap dia tak faham bahasa bibir, atau misai ko tebal sangat sambil pening dia nak ikut lenggok misai ko... ko boleh ambil langkah terakhir ini k...



5) Ko buat bahasa isyarat dengan dia... kalo ko tak reti bahasa isyarat, ko boleh tulis kat kertas kecil apa ko nak bual dengan dia... aku pasti bab berbual guna coret-coret ni paling senang sekali nak buat dia paham ko... tambahan pula, susah nak cari orang buta huruf kat Malaysia sekarang ni...  hampir semua orang penah  dok kat sekolah kan... kalo ada pun dah masuk kubur dah kot, pasal lahir sebelum zaman jepun...



APA???

Kalau ko buta huruf pulak, macamaner?



Kalau gitu, aku rasa ada baiknyer ko memohon jer lah kad oku kat jabatan kebajikan masyarakat tu... bahagian buta huruf atau otak bengap k! abih citer...

wakakakakak.....