BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

4.12.09

ASAS PERAWATAN TUBUH UNTUK WANITA TIMUR

 

Ramai yang bertanya bagaimanakah caranya untuk merawat tubuh secara sempurna. Ramai juga yang tidak tahu apakah perawatan yang sesuai dengan kulit tubuh mereka, terutamanya yang bersesuaian dengan pengaruh iklim tempatan. Malah agak ramai juga yang tidak tahu adakah menjaga kulit tubuh itu cukup hanya sekadar mandi dua kali sehari dengan sabun sebagai membersihkannya sahaja.

 
 Cukup ke ayer sebanyak ini untuk lu  mandikan gua?

* Adakah benar rutin mandi dua kali sehari itu cukup untuk merawat kulit tubuh?
* Adakah boleh hanya dengan melulur atau membuat scrub sahaja sudah mampu membuat kulit terjaga cantik?
* Adakah perawatan saloon yang ditawarkan itu benar-benar memenuhi perawatan kulit tubuh yang lengkap?


Auntie rasa ramai yang tak menitik beratkan perihal penjagaan kulit tubuh ini. Maklumlah kulit-itu pun sering tertutup dari pandangan orang lain ketika kita berpakaian jadi tak begitu hendak diambil peduli sangat pun. Bahkan tak hairan kalau kita telitikan seorang perempuan yang gah berpakaian mahal, berbeg jenama GUCCI dengan muka bermekap tebal, tapi, kita lihat tumit kakinya macam rekah batu bata seperti indon keje kontrak. Kulitnya pun mesti tak sehalus kulit mukanya kan. betul tak?


            betul tak?

Inilah sifat masyarakat kita. Terutamanya wanita. Auntie masih ingat seorang kawan baik yang juga seorang pengusaha saloon di pusat bandaraya terkenal berkeluh suatu ketika dulu...


 kak siah,  pengusaha saloon & spa

"Susahlah kak sal! Saya buat ruang untuk merawat badan kat saloon tu makan duit berpuluh ribu. Siap ruang saunanya import jepun lagi. Katil urut siap tempah yang terbaik dari cina. Tak masuk nak bina ruang bathtap siap jasuzzi tu lagi. Hiasan 5 star kat situ lagi dok pelahap duit. Tapi kurang jugak orang datang buat treatment!"

"Apa salon ko tak laku ka, kak siah?"

"Laku gak tapi diorang banyak buat rawat muka dan rambut jer!"

"Diorang tak mai buat treatment badan ka?"

"Kurang sangat. Kalau yang rajin berurut pun hanya bangsa bukan melayu. Yan  melayu pulak, bila ada masalah atau terdesak, baru lah tergesa nak buat. Susah saya kak sal!"

Aduh! Kasihan juga bila mendengar keluhan dari perempuan saloon tu. tapi auntie dah agak pun. Pengalaman auntie berbelas tahun berkhidmat di saloon dan spa dulu dah masak sangat dengan perkara begini. Memang kurang melayu amat kurang nak buat treatment badan. Kalau nak buat pun, bahana tiga perkara :

1) hendak berkahwin sebelum santapan malam pertama
2) ditegur suami gara-gara kendur bagai tilam kekabu yang dipakai berpuluh tahun
3) dimadu suami dan hendak vogue semula


dah jadi gini, baru ko nak mai pi saloon ka?

Inilah sikap perempuan kita. Betul tak? Aduhai...



atau tunggu sampai tang gini, baru ko nak pi sembah pintu saloon

Berbalik pada perkara asas yang dibincangkan tadi, auntie akan terangkan ciri-ciri lengkap perawatan tubuh yang sebenar untuk pengetahuan semua.

Perawatan tubuh yang lengkap mestilah melalui proses berikut :
1) Pembersihan & Penyegaran kulit tubuh
2) Pelembapan & Pelindungan UV kulit tubuh
3) Penghidratan kulit tubuh
4) Regenerasi sel kulit tubuh

Setiap kali kita membuat perawatan tubuh samada dilakukan sendiri di rumah atau di saloon, pastikan ia lengkap mengandungi 4 ciri tersebut. Ia perlu agar kulit kita terjaga sempurna dan tidak rosak bahana kesalahan mengatur cara merawat.


            ko dengaq tak nie...

Contoh rawatan yang lengkap tubuh untuk sekali treatment haruslah memenuhi empat ciri yang di sebut dibawah:


1) Pengwapan tubuh/Body Steambath/Sauna


2) Pengurutan tubuh/Body Massage


3) Perluluran tubuh/Body peeling/Scrubbing


4) Perendaman tubuh/Body bathing

Manakala perawatan-perawatan lain yang tak termaktud dengan sesi di atas dikira perawatan tubuh alternatif atau khusus.

Contoh perawatan tubuh alternatif yang dianggap bonus:

1) Masker Tubuh/Body masque
2) Balutan tubuh/Body wrapping
3) Rawatan payudara/Breast treatment
4) Manikur/Rawatan kuku & tangan/Manicure
5) Pedikur/Rawatan kuku & kaki/Pedicure
6) SPA Treatment/rawatan SPA
7) Dan lain lain lagi

Untuk detail ciri-ciri perawatan tersebut, auntie akan terangkan di segmen selanjutnya nanti. 


auntie merendam diri di saloon kak siah

0 ulasan: