BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

17.12.09

CARA MENGATASI KETIAK HITAM


Walaupun tak selalu mengenakan pakaian tanpa lengan, kita pasti berasa leceh sekiranya dijangkiti kes ketiak yang kehitaman serta tidak tau punca kehadirannya. Tambahan pula ia melibatkan pandangan yang mempengaruhi pejagaan kebersihan tubuh kita.

Tambah rumit, bila kita sudah membeli berdozen-dozen deodoran yang bertema WHITENING, malah EXTRA WHITENING, tapi masih belum berhasil keberkesanannya.


PUNCA KEHITAMAN KETIAK
1) Aktiviti sering mencukur dan mencabut bulu ketiak. Kekerapan melakukannya akan menimbulkan alahan kulit yang melibatkan perubahan warna
2) Allergy dan reaksi gatal ketika menggunakan deodoran yang tak bersesuaian dengan kulit ketiak.

TIPS MENGATASI KEHITAMAN KETIAK SECARA SEMULAJADI


1) Bengkoang (Mengkuang)
Sapu masker bengkoang ke bahagian ketiak dalam rutin dua kali seminggu. Boleh menggunakan masker bengkoang berbentuk serbuk yang siap diproses di pasaran. Atau boleh juga menggunakan buah bengkoang yang telah diparut halus. untuk hasil yang lebih berkesan, biarkan ia mengering dalam masa 10 minit dan elok di amalkan pada waktu malam hari

 2) LIMAU + TIMUN
parutkan timun dengan halus lalu campurkan dengan titisan air limau (atau lemon). Sapukan ke bahagian ketiak selama lima belas minit


Untuk cara yang lebih mudah, boleh juga menggunakan "Scrub buah-buahan" di setiap kali mandi. Scrub badan berupaya mengangkat sel-sel mati dari permukaan kulit.



Namun harus diingatkan bahawa
* scrub badan tidak boleh digunakan secara kerap kerana mampu memberi alahan kulit yang lebih teruk lagi. seeloknya dalam rutin dua kali seminggu.

* jenama scrub yang dipilih juga hendaklah yang bersesuaian dengan kulit anda. Produk harus diuji dulu di bahagian lengan untuk melihat keserasiannya.

0 ulasan: