BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

13.12.09

PARFUME TERMAHAL DI DUNIA


Clive Christian mencatatkan nama di dalam GUINNESS BOOK WORLD OF RECORD sebagai seorang pereka ulung jenama minyak wangi yang termahal di dunia.

Beliau berjaya menghasilkan jenama tersebut dengan mengulang kembali rekabentuk "IMPERIAL MAJESTY, iaitu wangian termahal yang pernah dikeluarkan pada abad ke 19.


Kemewahannya Parfum ini terletak pada :

1) Ratu Victoria mengizinkan gambar mahkotanya dipampang pada tudung produk tersebut pada tahun 1872

2) Hanya lima unit sahaja bilangan yang dikeluarkan khas dalam rekabentuk ini

3) Setiap botol diperbuat daripada batu kristal Baccarat yang bertatah sebiji berlian serta dihias plat emas 24 karat

4) Kandungan cecair minyak wanginya mengandungi sedikit bauan SIGNATURE CHRISTIAN NO 1 (bernilai hampir RM7,500 untuk setiap 30ml), berbaur dengan pati minyak mawar, melati, ylang-ylang (kenanga) dan sandalwood India.

Parfume ini akan dirasmikan di acara promosi filem "THE YOUNG VICTORIA" terbitan Fergie, Dutchess Of York di UK pada akhir tahun ini. Namun begitu, harganya masih menjadi rahsia di Guinness Record.

1 ulasan:

Rizai Reeani berkata...

wah! entah berapalah harganya ya kak. mahunya mencecah ribuan... :)