SEMALAM, seharian otak aku mereng skit... aku pi jengok semua blog kekawan yang oku pekak macam aku... ada rasa naik semangat bila nengok ketabahan mereka... melihat kejayaan mereka aku bangga...
Hari baru di dekad baru ni, aku banyak munasabah diri... aku diam membisu jer sepanjang hari... memerok sorang di dalam bilik... bertapa dan menghayal semula kisah hidup aku yang lalu-lalu... sedih ko...
Aku tak banyak harapan sempena tahun baru nih... aku cuba taknak cerewet2 cam hidup aku yang dulu-dulu tu... aku dah akui yang aku dah tua... umo semakin meningkat... kehendak dan keperluan pun dah tak seberapa... segalanya simple jer di mata aku...
Aku cuma berharap, nasib aku sekarang bergolak ke arah yang lebih baik... mampu hidup normal seperti orang lain... dan mereka pun mampu terima aku dan kekurangan aku sebaik-baiknya... dan aku tak sakit hati serta bersedih gara-gara tingkah mereka pada aku...
Pada dunia penulisan, aku pun tak taruh harapan terlalu tinggi... biarpun minat dan bakat aku agak mendalam ke arah seni itu... aku cuma harap naluri seni aku puas dengan apa yang aku hasilkan... aku dapat tulis apa yang aku suka... tanpa kekangan...
Azam aku nak kumpul kekawan banyak2 di alam siber nih... terutama sesama penulis underground seperti aku... dan jugak pengemar seni budaya melayu yang aku minat...
Harap tahun baru ini, aku bergaul dengan semua orang dengan baik
tanpa saling sakit hati
tanpa saling iri dan dengki
kita hidup damai k
PEACE!!
3 ulasan:
Happy New Year kakak... :)
semoga segala impian..azam unutk tahun baru ni...tercapai... :)
u too dear
yosh, kak! terus berusaha! saya sentiasa menyokong akak!
mengenali akak, ternyata sesuatu yang berharga bagi saya. kakak sudah saya anggap seperti kakak saya. seringkali memberi saya semangat dan dorongan.
teirma kasih yang tak terhingga dari saya kak! moga persahabatan ini terus kekal, hingga akhir hayat... ^_^
(eceh, sedih pula rasa komen ni. hehe...)
Catat Ulasan