Susah tidur memang boleh menyeksa. Pada sesetengah orang, insomnia boleh menyebabkan riak kemurungan dan stress. Tidak hairanlah aktor Heath Ledger menelan ubat-ubatan untuk membuatnya tidur, yang akhirnya malah membuatkan dia tidur selamanya.
Dalam taraf yang lebih ringan, kita juga sering merasa kesulitan untuk tidur. Masalahnya, seringkali sulit tidur itu disebabkan oleh kita sendiri. Ada beberapa kebiasaan buruk yang mempengaruhi keinginan otak dan tubuh kita untuk segera beristirahat.
Membaca buku
Membaca buku sebelum tidur boleh memberi kesan yang berbeza bagi setiap orang. Ada yang jadi lebih mudah tertidur, ada pula yang terus jadi tambah segar berjaga kerana dilanda kusyuk membaca. Masalahnya, tubuh kita cenderung bertindakbalas pada rutin tersebut. Anda tak mampu tidur jika belum membaca beberapa bab. Bila memang ingin membaca, membacalah di sofa atau tempat lain.
Facebook
Cahaya terang dari layar komputer boleh meman ipulasikan otak. Seringkali, meskipun Anda sudah mematikan komputer, Anda masih tak boleh berhenti berpikir mengenai tugas-tugas yang harus Anda kerjakan. Sebaiknya jangan bermain internet lagi pada jam-jam tidur, dan segera matikan komputer Anda. Biarkan tubuh Anda beristirahat sejenak tanpa ditemani benda-benda elektronik.
Tilam yang kurang nyaman
Katil yang terlalu keras, atau bantal yang kaku, boleh mengganggu tidur Anda. Bila bantal Anda sudah kempes, atau terlalu keras, beli sahaja lagi bantal-bantal yang baru. Beli dua sekaligus, bila Anda ingin tempat tidur jadi lebih hangat. Pilih bantal yang empuk jika gaya tidur Anda meniarap atau telentang. Jika Anda cenderung tidur mengiring, pilih bantal yang sedikit padat agar leher Anda terpaut dengan baik.
Alat Digital yang menyala
Alat digital kadang-kadang dilengkap dengan semacam flashlight pada angka digitalnya. Penerang ini boleh mengalih perhatian Anda ketika berusaha untuk tidur, apalagi dalam keadaan ruang yang gelap. Tutup sahaja angka-angka yang menyilaukan tersebut dengan buku atau lembaran kain. Hal yang sama juga boleh terjadi pada telefon bimbit, bila lampu LED yang menjadi nadi siknalnya berkedip-kedip.
Tidak mengantuk
Ketika Anda tak juga boleh tertidur, tak ada gunanya bertahan di atas katil sambil membolak-balik badan. Bila sampai 1 jam Anda tak juga boleh tidur, National Sleep Foundation menyarankan Anda untuk melakukan aktiviti yang membosankan. Misalnya, membaca buku yang tidak Anda suka, menonton acara TV yang menjemukan, dan sebagainya. Aktiviti yang diperlukan untuk kemampuan otak marjinal akan meredakan pikiran Anda. Pasti tiba-tiba Anda sudah tertidur kelak.
Bersukan sampai malam
Bersukan pada pagi hari, meskipun Anda masih sedikit mengantuk, akan membuat tubuh Anda segar sepanjang hari. Hal yang sama akan Anda rasakan ketika bersukan di waktu malam. Aktiviti fizikal yang tangkas akan meningkatkan suhu tubuh, dan mengangkat daya tangkas tenaga Anda. Kedua hal inilah yang akan mengganggu masa peralihan Anda menuju tidur.
0 ulasan:
Catat Ulasan