BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

31.12.10

5 ATURAN DIET DI TAHUN BARU


 

Salah satu sumber kebahagiaan seseorang adalah kesihatan. Supaya aktiviti dan acara boleh tercapai dengan optimis, perlu disokong dengan kesihatan yang maksima. Sihat tidak mampu dicapai secara ekspess, harus dijaga perlahan-lahan dengan mengubah tabiat buruk menjadi tabiat sihat.


Tips kesihatan WebMD untuk mulai hidup baru dengan sempurna,

1.       Perlahan-laham
Bermasalah dengan tabiat penghadaman? Ingin menambah supplement Omega 3? Jika Anda berhasrat untuk menambah makanan tambahan yang baik, seperti kandungan serat dari sayuran dan buah, atau Omega 3 dari ikan, seeloknya dimulakan perlahan-lahan dengan langkah kecil. Contohnya, berjanjilah untuk memasukkan sebiji buah ke dalam beg tangan sebelum berangkat kerja. Atau, berjanji untuk menyiapkan 1 hari khas untuk makan ikan. Atau, membawa cereal gandum pada setiap hari sebagai pengambilan jajan setelah sarapan.

2.       Air, air, dan air
Murah, bebas lemak, dan memberi tubuh keperluan akan cecair. Tapi entah mengapa, Anda masih belum mampu minum 8 gelas air kosong setiap hari? Mulakan dari dos yang kecil;
* Minum segelas air masak setiap bangun tidur sebelum menggosok gigi.
* Tergoda air karbonat? Segelas anggur? Ambil segelas air masak yang ditambah minuman itu sedikit.
* Buat perancangan untuk minum 1 gelas lebih banyak dari hari sebelumnya.

3.       Pelbagai makanan dangan warna
Makanan yang berwarna-warni kaya akan komponen anti penyakit. Jadi, Anda mulai membeli-belah bahan makanan mentah,  carilah makanan yang kaya akan warna semulajadi, bukan dari pewarna tiruan. Cara yang boleh Anda lakukan; Tetapkan satu warna per hari. Misal, Isnin untuk makanan berwarna kuning, seperti lemon atau jagung. Sementara hari Selasa adalah warna ungu, seperti buah plum dan terung, begitu seterusnya. Variasikan warna-warni pelangi yang Anda makan. Perkenalkan diri Anda kepada sayur-sayuran baru juga. Siapa tahu, bahan itu mungkin akan jadi kesukaan suami atau anak-anak.

4.       Atasi keinginan menjajan yang tak perlu
Anda sedang berbincang-bincang dengan kawan-kawan di meja makan, menonton DVD, atau membaca berita di depan komputer, tetapi mulut Anda tak mampu berhenti mengunyah. Cuba tips-tips berikut:
* Makan gula-gula bebas gula atau gula-gula getah.
* Menggosok gigi.
* Perhatikan baik-baik makanan yang ingin dikunyah.
* Sibukkan tangan Anda dengan kegiatan lain, seperti membersihkan meja atau lain-lain.

5.       Bantu diri sendiri
Jangan lupa bantu diri Anda untuk mencapai hidup dengan lebih sehat, dan carilah bantuan semasa Anda merasa perlu bantuan. Cuba cari "kawan seperjuangan", boleh juga sahabat atau anggota keluarga yang juga memiliki hasrat menurunkan berat tubuh. Saling bagi idea, rencana, dan kejayaan setiap hari. Dengan begini, masing-masing akan saling termotivasi. Berjanjilah pada diri sendiri untuk tidak membeli makanan-makanan yang mampu menggemukkan, seperti ais krim, kerepek kentang, air soda, dan lain-lain. Buat peraturan untuk diri sendiri, untuk makanan-makanan tadi hanya boleh dimakan di luar rumah, dan hanya boleh 1 hidangan. Aktif dengan kegiatan yang tak berkaitan dengan makanan, seperti, berkumpul di taman, mendaki bukit, atau pergi nonton wayang tanpa jajan.

Tambahan: Sayangi tubuh Anda

* Pencegahan, selalu lebih baik berbanding melakukan rawatan atas penyakit teruk yang mampu meregut nyawa, oleh itu, lakukan hal-hal kecil yang membuat tubuh Anda tetap berjalan dengan optimis dan sempurna.

* Bergeraklah setidaknya 30 minit setiap hari-hari tertentu. Biar apa pun caranya, seperti berjalan kaki, mencuci kereta, naik basikal, dan yang mampu menggeluarkan peluh.

* Buat check up kesihatan tubuh Anda. Kolesterol, pap smear, dan lain-lain supaya Anda selalu selangkah lebih maju dengan kesihatan tubuh Anda.

* Berjanjilah untuk memenuhi waktu tidur yang diperlukan tubuh Anda. Tidur membantu tubuh dan jiwa mengisi semula tenaganya, tetap sihat, dan mengatasi stress.

0 ulasan: