BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

12.1.12

Tabiat Yang Wajar Dielakkan Semasa Di Meja Pejabat Anda






Sebahagian besar dari Anda banyak menghabiskan waktu bekerja di pejabat dengan duduk di depan komputer. Paling kurang rutin ini dilakukan selama 8 jam selama 5 hari setiap minggu. Selesai bekerja, badan sentiasa terasa begitu penat. Malah tubuh juga terdedah dengan pelbagai kesan sampingan buruk dari rutin terlalu lama duduk itu.


Untuk menghindarkan gegala tersebut, cuba hindarkan kebiasaan-kebiasaan tidak wajar di kala sedang duduk bekerja. Antaranya seperti berikut:

1.    Makan sambil bekerja.
Manfaatkan waktu rehat tengahari Anda untuk acara makan bersama kawan-kawan di luar pejabat. Biasakan untuk tidak mengganggu jadual makan Anda semasa sedang bekerja. Ini adalah kerana tabiat makan semasa di meja kerja, besar kemungkinan mendedahkan makanan dengan pencemaran bakteria-bakteria dari buku atau komputer di atas meja. Bahkan sebaliknya, percikan makanan atau minuman yang jatuh di atas laptop tentu akan mengundang kesan kotor dan lama-kelamaan boleh menggugat fungsinya tanpa disedari. Selain itu, mencampur-aduk waktu makan dengan waktu bekerja mampu memberi bencana bagi rutin diet Anda. Tabiat ini menggesa Anda makan secara berlebihan tanpa disedari. Sebaiknya berehatlah seketika dari meja Anda dan fokuslah pada piring makan Anda.

2. Menyilangkan kaki.
Tanpa sedar, Anda sering duduk sambil menyilangkan kaki. Tabiat ini boleh memberi tekanan pada kaki Anda, dan akan mengundang sakit punggung. Cubalah untuk tidak terlalu sering menyilangkan kaki ketika duduk. Duduklah dengan posisi kaki lurus.

3. Mendengar irama muzik terlalu kuat.
Bekerja akan dirasakan  lebih menyenangkan apab ila dilakukan sambil mendengar muzik melalui headphone. Tak salah melakukan tabiat ini. Namun, hindarkan penggunaan headphone dengan volume  yang terlalu tinggi. Volume yang terlalu tinggi berisiko merosakkan gegendang telinga. Selain itu, volume yang terlalu tinggi juga akan menyukarkan tumpuan pada pekerjaan. Lebih-lebih lagi bila, Anda jadi terlalu asyik bernyanyi!



4. Tidak berehat.
Ketika sedang menangani sebuah projek kerja tertentu dan hampir mendekati waktu dateline, fikiran Anda akan berpusat pada pekerjaan tersebut dan tanpa sedar sering mengorbankan waktu untuk beristirahat. Malah tidak jarang Anda berasa sampai tidak sempat hendak makan tengahari, atau mahu mengisi gelas Anda dengan air putih sekalipun! Selain mampu mengakibatkan banyak serangan penyakit, terlalu banyak duduk juga akan mengundang rasa stress secara berlebihan. Tidak ada salahnya untuk berehat sebentar dari pekerjaan Anda. Meski hanya sekadar untuk merelakskan fikiran. Tabiat ini akan membuat Anda berasa lebih segar ketika hendak menyambung semula pekerjaan itu.

0 ulasan: