Wanita dipercayai mempunyai banyak keperluan dalam aktiviti perawatan tubuh dan kecantikan yang dapat dipenuhi dari jamu. Pengarah Urusan Produk Jamu Indonesia, Jamu PT Nyonya Meneer, Dr Charles Saerang menegaskan bahwa daripada 300 produk keluaran syarikat dimilikinya, 60 peratus adalah produk untuk wanita.
Beliau turut memberitahu, dari berpuluh produk jamu tersebut, hanya empat di antaranya paling memiliki permintaan tinggi, iaitu:
1. Jamu bersalin.
"Permintaan untuk jamu bersalin amat tinggi," ujar Bapak Charles Saerang semasa sesi sidang media di Restoran Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada minggu lalu. Beliau juga menghebahkan bahwa pada tahun 2011, tercatat lebih 700.000 pembelian set jamu bersalin. Dengan perangkaan, jumlah kelahiran tahunan sekitar 3 juta orang dikalangan berbangsa melayu.
Jamu bersalin, selain berfungsi mengatasi perbagai keperluan ibu sesudah bersalin, juga diminati untukmembantu mengembalikan kesegaran serta bentuk tubuh setelah berpantang melahirkan.
2. Meremajakan kulit.
Jamu untuk awet muda tercatat sebagai jamu popular kedua. Fungsi utamanya, adalah untuk memelihara kulit dan tubuh agar tetap awet muda dan membantu meremajakan kulit.
3. Daya Seksual.
Jamu merapatkan vagina juga agak popular dan didapati ramai wanita memenuhi keperluan seksual mereka dengan mengamalkan jamu ini. Menurut Bapak Charles Saerang, permintaan jamu ini diantara tertinggi di Malaysia.
4. Awet muda.
Keinginan memiliki penampilan yang segar dan terlihat muda, juga menjadi keperluan utama kaum hawa. Perawatan tubuh dengan jamu tradisional menjadi pilihan ramai wanita dalam memenuhi keperluan ini.
"Jamu ini terdiri dari dua sesi pemakanan, jamu awet muda siri satu dan dua. Jamu siri satu diminum pada waktu pagi hari, jamu siri ke-dua pula pada waktu malam hari. Fungsinya menjaga stamina tubuh agar tetap segar beraktiviti sepanjang hari, dan menjaga stamina pada malam hari untuk aktiviti kelamin bersama suami," jelas Bapak Charles Saerang.
Selain empat jenis jamu tersebut, kaum wanita juga memilih beraneka jenis produk jamu untuk merawat tubuh. Seperti krem merawat ketegangan payudara. Dan satu lagi yang menjadi popular dikalangan kaum ibu adalah minyak telon.
0 ulasan:
Catat Ulasan