BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

19.11.09

AKU ORANG PEKAK


Ini post pertama untuk segmen "KELUH RASA ORANG PEKAK" di blog Pari-Pari ni. Buat pemula acara, ada baiknyer aku citer tentang diri aku sendiri.

Aku seorang OKU cacat pendengaran Profound. Itu yang doktor tu tulis masa aku pi treatment check up kat hospital kerajaan. Dan kalo korang sumer nak tau, pekak ni ada pelbagai kategori. Jugak ada dalam macam-macam istilah, termasuk lah kot pekak badak...pekak Pak Mat Tempe dalam citer bujang lapok P Ramlee tu pun sekali la kot. Yang pasti, hanya pekak jenis "PROFOUND" sajer yang dianugerahkan kad OKU dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai pekak yang paling harus dibantu.

Mesti korang sumer nak tau, amende pekak 'profound' ni kan. Aku  pun tak tau apa ertinya biler translate ke bahasa melayu... tapi mengikut kata orang-orang kat pejabat kebajikan masyarakat tu. Jugak cakap-cakap kakak nurse di hospital, ia pekak yang tak memahami langsung butir bicara. Maknanya, orang tu bukan kurang dengar (cam Pak Mat tTmpe P Ramlee tu) dan pekak badak (ala-ala selamber buat-buat pekak gitu)... profound ini ada class ala-ala 5 star gitu... standard Hotel Nikko. yang dok gah kat KL tuh.. iaitu saraf yang menghubungi gengendang telinga tak dapat menyampai mesej ke bahagian otak... maknanya samada dia leh dengar bunyi tu tapi tak faham butir bahasanya... atau dia pekak langsung tanpa dengar ape-ape...



Aku seorang pekak profound. Telinga kiri aku langsung tak berfungsi... Telinga kanan sahaja yang boleh menangkap bunyi... Tapi tetap profound... Oleh kerana itu aku gak pegang mastercard kerajaan malaysia... ada sebuah kad oku... di antara berjuta masyarakat orang pekak yang senasib dengan aku kat Malaysia ni..

Banyak kekawan tanya kat aku, camner nak komunikasi dengan orang seperti aku ni... wajar ke jerit-jerit kat telinga bagi senang faham... ye aku akui, ramai orang tak tahu macamaner nak bercakap dengan orang pekak.. la ni aku ajor korang sikit... langkah-langkahnyer k :



1) Ko jeling dulu kat lubang telinga orang pekak tu... kalo takde pakai earphone (alat bantuan pendengaran untuk orang pekak), ko leh jerit kat dia, pasal dah sah le dia tu hanya kureng dengar atau maleh nak layan ko bercakap... ala-ala pekak badak gitu.. jika dia ada pakai earphone tu, ko masuk langkah kedua k



2) Ko perhati dulu earphone tu jenis aper dia pakai... jika jenis masuk ked alam telinga dan tersorok di lubang telinga... sah dia orang pekak profound yang teruk... serta patut dikasihani... ala-ala aku isk  isk  isk... kalo dia pakai earphone yang sangkut ala-ala tongkat kecil pokok krismas kat cuping telinga dia, maknanya dia cacat profound tak teruk...



3) Ko sapa dengan sentuhan di bahu dan  di lengan dia dulu.. agar dia tak mati terkejut... jangan ko ketuk kepala dia pulak k... ini boleh buat dia faham yang ko nak bercakap dengan dia dan dia akan beri tumpuan mata pada ko...



4) Ko tanya kat die, samada dia tahu bahasa bibir tak... jika dia kata ya... ko boleh mulakan perbualan... tapi pastikan ko tak cakap laju-laju... cakap ala sederhana gitu... dan tolong jangan buat bibir voque ala Anita Sarawak ye... kerana hampeh, mampus dia tak faham langsung lak nanti... cakap macam biasa jer... tanpa mengunyah sesuatu, tanpa menjulur-julur lidah... cakap cam biasa jer... cam cakap dengan pakwe/makwe ko... mesra k

atau kalau dia cakap dia tak faham bahasa bibir, atau misai ko tebal sangat sambil pening dia nak ikut lenggok misai ko... ko boleh ambil langkah terakhir ini k...



5) Ko buat bahasa isyarat dengan dia... kalo ko tak reti bahasa isyarat, ko boleh tulis kat kertas kecil apa ko nak bual dengan dia... aku pasti bab berbual guna coret-coret ni paling senang sekali nak buat dia paham ko... tambahan pula, susah nak cari orang buta huruf kat Malaysia sekarang ni...  hampir semua orang penah  dok kat sekolah kan... kalo ada pun dah masuk kubur dah kot, pasal lahir sebelum zaman jepun...



APA???

Kalau ko buta huruf pulak, macamaner?



Kalau gitu, aku rasa ada baiknyer ko memohon jer lah kad oku kat jabatan kebajikan masyarakat tu... bahagian buta huruf atau otak bengap k! abih citer...

wakakakakak.....

0 ulasan: