BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

11.11.09

PENGARUH KECANTIKAN ASIA



Salam hormat para pembaca semua...

Sempena segmen pertama ruangan "TAMPIL MENAWAN", Auntie Sally nak mengulas dulu perkara yang teramat-amat lah penting untuk di dedahkan kepada anda akan betapa  peri pentingnya kita sebagai warga timur agar menjaga kecantikan dan kekekaran tubuh badan agar sihat, bugar dan awet muda.


fuh semangat.. panjang punyer ayat

Struktur pertama yang harus disedari oleh kita adalah pengaruh-pengaruh yang menjadi penyebab penting tentang mengapa kita harus menjaga dan memelihara kecantikan adalah seperti berikut :



PERTAMA : IKLIM KHATULISTIWA
* Iklim Khatulistiwa di negara kita yang panas dan hujan silih berganti sepanjang tahun mempengaruhi hormon melanin kulit serta regenerasi pertumbuhan sel tubuh kita. Gara-gara itu lah, kulit orang Asia terdapat pelbagai kategori kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kulit normal, kulit kombinasi dan banyak lagi. Dan kepelbagaian jenis kulit ini juga wujud bersama dengan kepelbagaian jenis penyakit kulit yang ada, seperti masalah jerawat, kedut sebelum waktunya, kulit alahan dan sensitif serta banyak lagi. Kerana itulah orang timur harus menjaga kecantikannya dengan lebih teliti berbanding orang barat (Eropah & Amerika)



KEDUA : IKLIM KELEMBAPAN TINGGI
* Iklim Khatulistiwa yang sentiasa berubah tanpa musim yang terjadual juga mempunyai kadar kelembapan yang agak  tinggi. Ini merangsang tubuh kita cepat berpeluh dan mudah merembes pengwapan di sekitar liang roma. Persekitaran yang sentiasa lembap juga mendedahkan angin dengan debu serta kotoran yang mudah menempel pada kulit yang terdedah. Oleh itu, kulit kita mudah kotor dan  mudahdijangkit bakteria yang beralih melalui pendebungaan dan pengudaraan. Untuk menghindarinya kita terpakas sering mandi serta mencuci kulit saban waktu. Secara tidak langsung, ia mempengaruhi kita agar merawat kulit dengan baik


KETIGA : POLA PEMAKANAN SETEMPAT
* Habitat di negara timur (Asia) memang diketahui mempunyai kemakmuran dari sudut kepelbagaian sumber makanan. Berdasarkan itu, pola pemakanan penduduk asia juga terjebak dengan pelbagai citarasa makanan yang agak panas dan pedas.



Ini secara tidak langsung mempengaruhi hormon tubuh dalam membantu percambahan regenerasi sel kulit. Bahkan juga, ia mewujudkan pelbagai alahan kulit yang disebabkan oleh pola makan an tertentu yang di'lahap'tidak teratur. JMemandangkan itu, penjagaan kecantikan amat perlu dititik beratkan untuk mengatasi masalah ini.



KEEMPAT : PERAWATAN KULIT YANG TIDAK TERATUR
* Sikap dan tatakrama hidup masyarakat timur yang tidak menitik beratkan penjagaan kecantikan juga menjadi salah satu alasan yang mempengaruhi kepudaran kejelitaan. Malah, sebahagian besar masyarakat masih tidak memahami aturan penjagaan yang betul serta pemilihan produk yang sesuai dengan kulit mereka. Secara tidak langsung ia menyukarkan perawatan kecantikan yang ada. Apatah lagi untuk mencegahnya agar berulang kembali.



KESIMPULAN
Berdasarkan keempat-empat pengaruh tersebut, ketahui lah kita bahwa kita tidak harus bersikap sambil lewa untuk menjaga kecantikan. Ia juga hendaklah selaras dengan  penjagaan kesihatan diri.



PSS : Di dalam segmen TAMPIL MENAWAN ini, auntie sally akan membawa kita tentang penjagaan kecantikan dari semasa ke semasa. Turut juga memperkenalkan kaedah-kaedah perawatan terbaru yang wujud di negara ini berpandukan analisis positif serta negatif kepada tubuh kita. Juga akan menjawab persoalan-persoalan kecantikan yang diutarakan oleh pada pembaca.

Untuk soal jawab kecantikan, bolehlah mengemukannya ke riesna_zasly@yahoo.com.my

0 ulasan: