BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

4.12.09

H1N1 TAK MESRA OKU PEKAK



Dah banyak kali aku dok dengar tentang seksanya nasib orang pekak ketika penyakit selesema khinzir (H1N1) ni melanda dunia.... Hidup orang pekak & bisu yang hanya berhubung menggunakan bahasa bibir dan bahasa isyarat sahaja jadi teramat sukar... tambah-tambah pula bila kena menghadapi 'orang-orang' yang terlalu kemaruk fobia dengan penyakit tu...

gomen jabatan kesihatan

Aku dok puji promosi orang-orang gomen jabatan kesihatan tentang bab-bab mencegah penyakit ni berjangkit.... Promosi diorang kuat.... Sampai laris giler jadinyer kain penutup muka tu... (Facemask)... dulu masa zaman normal, kain penutup tu haram tak laku... hanya dibeli oleh orang saloon buat penutup muka semasa buat treatment muka... terutamanya khas untuk rawat masalah muka jerawat dan resdung... takut jangkitan gak punyer kes.... berhab uk kat farmasi tu tak laris... tup-tup la ni, licin bersih, gara-gara semua orang beli...

treatment org saloon

Ada sorang kawan orang pekak mengadu susah nak berurusan dengan orang di jabatan gomen gara-gara kes 'fobia' facemask nih... cian dia... dah la tua... merana nak urus skit punya hal sampai berlarut lagi masalah yang ada...

Orang pekak & bisu tu kehilangan dompet... nasib die malang kerana diragut manusia durjana... duit dan semua kad-kad pengenalan diri habis hilang... gara-gara takut dicop pendatang haram indon, dia pun tergesa-gesa la pi balai polis nak report kes kena ragut tu...

Sampai sana semua polis pakai facemask... dia buat bahasa isyarat memberitahu yang dia pekak & bisu... haram polis2 tu tahu... dia cakap gak yang dia hanya pandai dalam bahasa gerak bibir.. dan minta polis2 tu buka kain penutup mulut tu agar senang nak komunikasi... tup tup polis tu kata "


"Pakcik, bahaya la nak bukak penutup ni, takut kena jangkit!"

Tergamam orang tua tu... bukan terkedu kerana kata-kata polis tu ... tapi dia tak faham pasal polis tu bercakap dibalik kain penutup tu... dia tu pekak dan bisu kan... sabor jer... last-last setelah pusing punyer pusing, orang tua tu tulis sendiri police report dia dan suruh polis tu salin ke komputernya untuk buat laporan ragut... berpeluh pakcik tu berjam-jam tersadai kat balas polis tu, gara-gara itu... sabor jer


abik ko, presiden amerika pun tak mesra oku

Pas tu, dia ke jabatan pendaftaran pulak nak bikin kad pengenalan yang hilang... sekali lagi dia tergamam lihat semua manusia-manusia kat kaunter tu semua berselubung hidung dan mulut dengan kain biru itu... sekali lagi dia sengsara kerana orang2 di situ gak bertegas taknak pamer mulut diorang... kenalah guna jugak kertas dan pen untuk berurusan... jadi makin lewat lah nak urus menatang tu.... nasib baik pakcik tu tak buta huruf kan... kalo tak, lagi naya... sabor jer...


pakcik bengang nih!!

Setelah itu, dia pi bank pulak nak buat kad baru... aduhai terkena lagi... berjam-jam nak berurusan... memang lemah dah pakcik tu nak settlekan semua... dah lah kisah kena ragut tak habis sedih lagi, la ni makin sengsara nak urus dokumen-dokumen tu pulok... kekadang pakcik tu terpikir la jugak,


"Apa, muka aku ni muka bawak penyakit tu ka? sampai diorang takut sangat"

Bengang betul pakcik tu... sepanjang hari tersangkut di pelbagai tempat nak uruskan benda-benda tu.... benar2 menguji kesabaran... last-last dia balik dengan wajah boringnyer...

Esoknya, dia plan nak pi jabatan kebajikan masyarakat pulak nak buat kad oku yang hilang... pakcik tu siap dok peringat dalam hati :


"Kalo kat jkm pun kes sama gak, aku bakar jer opis tu!"

Akhirnya hari kedua tu nasib dia baik pulak... orang-orang kat jabatan kebajikan tu, sorang pun tak pakai facemask tu... dan dia dengan mudahnyer dapat urus kat okunyer yang hilang ittew...

Kuiz sang pari-pari : Adakah orang jabatan kebajikan tak takut kena jangkit dengan selesema babi?

wakakakah

2 ulasan:

nabilah_2908 berkata...

hrumm...simpati pada dia...

psl kuiz tu...myb org2 kt jabatan tu dh diberi taklimat tentg org2 OKU ni..and myb sebelum masuk..dh ada yg stndby tuk cek..kalua-2 visitor ni pembawa virus or tak... :)

nabilah_2908 berkata...

hrumm...simpati pada dia...

psl kuiz tu...myb org2 kt jabatan tu dh diberi taklimat tentg org2 OKU ni..and myb sebelum masuk..dh ada yg stndby tuk cek..kalua-2 visitor ni pembawa virus or tak... :)