BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

7.12.09

Apakah Sebenarnya Jamu?



Bila di sebut jamu, budak kecik umur 6 tahun pun boleh tahu.... dan selalunya hanya perkataan "JAMU" itu yang dikenal, sedangkan makna di sebaliknya langsung tak tahu... Malah mitos masyakat sekarang masih meragukan identiti jamu itu...



MAKNA JAMU 

Bermakna himpunan pelbagai tumbuhan herba yang di dapati di sekitar alam sekeliling yang di satukan, digaul bersama lalu ditumbuk agar sebati.... Semua aktiviti itu dikenali sebagai meramu... dari situ, khasiat dari himpunan tumbuhan itu dikumpulkan agar sebati sebagai penawar atau ubat. Secara kesimpulannya, Jamu bermaksud ramuan pelbagai tumbuhan dari alam sekitaran. (Menurut kaedah jawa)



Terdapat tiga ciri sifat kumpulan herba dalam kandungan jamu :

1) kumpulan herba rencah utama = herba-herba yang berfungsi sebagai identiti jamu yang ingin diramu. Bersifat ubat pada pemakannya

2) kumpulan herba rencah pendamping = herba-herba yang digaulkan bersama kumpulan herba utama dan dijadikan pemangkin agar kesan ubat menjadi lebih manjur dan kukuh cara pengobatannya

3) kumpulan herba rencah pelincir = herba-herba yang diadun untuk memberi kesan pelincir agar mudah hadam pada yang memakannya. Ia juga membantu melancarkan pengaliran darah bersama penawar rencah utama serta membantu menghindar efek sampingan dari rencah utama. Biasanya ia terdiri dari kumpulan tumbuhan kunyit dan halia.


antara pabrik jamu terunggul : Mustika Ratu

BEZA JAMU & UBAT HERBA

Bila disebut ubat JAMU, maknanya ia mengandungi pelbagai rangkaian herba dan biasanya mempunyai pelbagai khasiat yang tak menumpu pada satu penawar sahaja

Sedangkan ubat HERBA pula, ia biasanya hanya terdapat hanya satu rencah tumbuhan dan sedikit herba pendamping. Ataupun lebih daripada 65% kandungannya hanya ada satu jenis herba sahaja. Kebanyakan ia hanya tertumpu pada satu penyakit tertentu sahaja



KEISTIMEWAAN JAMU

A) Kebaikan herba pelincir kunyit/halia 

Hampir semua kandungan jamu tradisional mengandungi kumpulan herba pelincir. Ini bermakna kita selamat menggunakannya berdasarkan status herba pendamping kunyit/halia yang ada membantu proses penghadaman, pencernaan serta pelancaran aliran darah. Ini amat membantu fungsi tubuh kita untuk menyesuaikan diri dengan jamu-jamu tertentu itu.



Kerana :

1) jika tubuh tak dapat menyesuaikan diri dengan jamu tersebut ; herba pelincir akan membatu ia di cernakan ke sistem pembuangan.

2) jika jamu itu sesuai dengan tubuh, herba pelincir itu akan membantu menyalurkan ia dengan lancar ke seluruh badan melalui pelancaran aliran darah

3) herba pelincir juga akan membantu pemanasan badan agar penyakit dapat dikesan  dengan cepat dan dapat diubati dengan mudah.

B) Keberkesanan dari amalan dalam tempoh yang lama

Terbukti pengamalan makan jamu dalam tempoh yang lama berupaya membantu memberi khasiat dalam banyak perkara. Malah ia tidak hanya berfungsi sebagai penyembuh satu penyakit sahaja.



Contohnya :

1) mengamalkan jamu langsing/susut perut dengan lebih lama akan membantu melancarkan penghadaman makan. Ia juga membatu tubuh agar tidak dilekati selulit semula dan kekal langsing.

2) semua jenis jamu membantu sistem perpeluhan dan sisi aliran darah dalam tubuh agar kekal sihat

3) semua jenis jamu membantu sistem regenerasi kulit tubuh dan memperkuatkan daya tahan tubuh. ia membuatkan kita sukar di serang penyakit dan dijangkit penyakit yang sama.

4) jamu mengekalkan awet muda. Mengamalkan jamu terbukti membantu menguatkan daya tahan sel tubuh dan mengawetkannya dari di mamah usia


Jamu bersalin lengkap untuk para ibu terbukti keberkesanannya sejak turun temurun


PENGALAMAN SAYA BERSAMA JAMU

Jamu pertama yang saya makan adalah jamu serbuk "PAMOR" yang membantu merawat kulit. Pada ketika itu saya dilanda jerawat yang banyak bahana kesan hormon remaja. KDi waktu itu baru berumur 15 tahun.

Saya terus memakan ia sehingga berpuluh tahun biarpun kulit saya sudah tidak berjerawat lagi. Kesan daripada situ agak menakjubkan. Kulit saya agak sukar dijangkiti sebarang penyakit kulit. Sekiranya ia terluka dan terhiris, ia akan sembuh segera tanpa parut. Malah, jika terkena sun burn, ia akan segera mengelupas dan kembali pulih. Ini melambangkan jamu berupaya menguatkan dan memberi daya ketahanan yang baik pada sel tubuh.


ingin kan kulit seindah ini, amalkanlah minum jamu

Untuk soal-jawab jamu, boleh menghubungi lewat www.riesna_zasly@yahoo.com.my

0 ulasan: