Rimbunan rempah dan herba di nusantara pernah menjadi sumber buruan selama beberapa abad di waktu silam. semuanya kerana kekaguman pada khasiat kandungannya serba guna selain menjadi sumber perasa masakan
Salah satu faedahnya adalah untuk merawat kecantikan badan, terutamanya kaki. Mahu mencuba? Ikuti tips ini :
1) Campurkan serbuk kopi dengan sabun pembersih tubuh (Body foam). Setelah itu usapkan ke seluruh tubuh terutamanya pada tapak kaki yang kering. sebelum itu, eloklah dilumur dulu permukaan kulit dengan minyak zaitun atau kelapa. Elok diamalkan dua kali seminggu
2) Campurkan beras, buah aprikot, madu dan susu hingga sebati. Bersihkan dan rendamkan kaki di dalamnya kerana ia mampu berfungsi untuk membersihkan kaki dari jangkitan bakteria justeru melembutkannya. paling berkesan untuk kaki yang berbau.
3) Remdamkan kaki dengan air rebusan sirih untuk kaedah antiseptik dan kesan relaks pada kaki yang lenguh
4) Rendamkan kaki dalam air hangat suam-suam kuku bersama rebusan hirisan halia untuk kaki yang sangat letih dan pegal.
0 ulasan:
Catat Ulasan