BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

8.12.09

SOAL JAWAB PERAWATAN BADAN



Baru semalam rasanya blog SENTUHAN TINTA SANG PERI ini di 'open ceremony' kan, tup-tup dah ada insan-insan yang dok email bertanyakan soalan-soalan kecantikan yang menyenakkan raga... terutamanya perihal penjagaan tubuh yang baru di post tu hari... Dan amat terkejut kerana tiga dari lima email tersebut datangnya dari kaum adam... tak pasti le benor-benor sekaum si adam atau spesis cik gayah pulang petang... pasti diorang bukan dari kaum dik-dik ponen, kerana auntie faham sangat dengan perangai mereka.... diorang takkan nekad nak mengaku 'adam... kalo adilla adala...


sabor jer

Apa-apa pun auntie amat berterima kasih diatas kesudian mereka menghantar soalan ke sini, biarpun nampak liat benor nak jadi follower... sabor jer...

SOALAN 1

Dari KABUKI (amboi nama....)
Selamat pagi auntie sally, saya ingin bertanya semasa saya belum berkahwin dulu saya ada ambil rawatan tubuh di sebuah saloon, iaitu membuat lulur seluruh badan. Masalahnya selepas dua-tiga hari selepas itu, kulit saya men jadi sangat kering dan mengelupas. Ia juga nampak kasar. Adakah kulit saya terkena alahan?


lulur kuning gini ka yang ko guna?

JAWAPAN : Lulur atau scrub tubuh memang mudah mengeringkan kulit terutama buat orang yang baru pertama kali menggunakannya. Oleh itu, pastikan kita membuat pakej rawatan  tubuh yang lengkap kerana ia agak sempurna untuk memberi penjagaan yang lebih rapi tanpa kesan sampingan alahan pada kulit. Jenis bahan scrub dan lulur juga harus di ambil kira.


Jangan dok leka jer kena urut, ambik tau gak rawatan tu macamana k

Contoh set pakej badan tradisional yang lengkap :

Pakej 1
Sauna (mandi wap samada natural atau herba)
Urut (m inyak zaitun )
Melulur
rendaman / bathing (herba/rempah)

Pakej 2
Urut (minyak cendana atau aromatik)
Sauna (mandi wap natural)
scrub atau mangir
rendaman / bathing (susu)


teliti jenis bahan yang digunakan. adakah ia sesuai dengan kulit kita?

Untuk kulit yang agak kasar, kering & banyak noda, bolehlah menggunakan bahan lulur tradisional yang berwarna kuning itu

Untuk kulit yang agak halus, hendaklah menggunakan bahan scrub ringan atau serbuk mangir yang berwarna krem gading/putih


Soalan bab mandi gak ker ni?

SOALAN 2

Dari SHARIFAH
Saya ingin bertanya, cara membersihkan badan manakah yang paling baik? menggunakan sabun yang berketul kah atau sabun dalam bentuk foam? Terima kasih.

JAWAPAN : kedua-duanya berfungsi memberi fungsi yang sama iaitu membersihkan kotoran dari rongga kulit luar. Tapi kebiasaannya sabun berbentuk foam amat bersesuaian dengan kulit yang bercenderung normal-kering. Untuk kulit yang sering berpeluh dan melekit minyak, sebaiknya gunakanlah sabun berbentuk buku. Jika hendak gunakan sabun foam pun, eloklah dibilas sempurna agar kelebihan kelembapan yang terkandung di dalamnya tak menambahkan sebum kulit.


jangan lupa bilas bersih-bersih k

Yang penting sila baca pembungkusan yang menunjukkan info lengkap bahan kandungan yang terdapat dalam sab un buku/foam itu. Ia pasti tercatat keterangan kelembapan yang diterap padanya. selama bermandi ya cik sharifah!


Sekian... salam sayang

PSS : Soalan-soalan lain akan dibentangkan dari semasa ke semasa di segmen akan datang

0 ulasan: