Madu, cairan ajaib ini memiliki banyak sekali khasiat untuk kesihatan tubuh kita. Namun ternyata sejak zaman dulu, madu sudah digunakan untuk kecantikan.
Hendak tahu kegunaan madu untuk apa sahaja? Ini di antaranya;
Pelembut Rambut
Urut satu sudu makan madu murni ke rambut yang lembap setelah dibersihkan dengan shampoo, biarkan beberapa saat, lalu bilas dengan air suam. Madu adalah pelembap semulajadi, ertinya, ia mampu menarik dan menahan kelembapan pada rambut Anda.
Sabun Berendam
Anda suka berendam? Cubalah sesekali menggunakan madu untuk menambahkan kelembapan pada kulit Anda. Caranya; campurkan satu gelas air, setengah cawan madu murni, dan setengah cawan sabun berendam, campurkan ke dalam bathtap mandian berisi air panas suam untuk berendam.
Masker Wajah
Madu murni sangat sesuai untuk mengatasi masalah jerawat atau kulit kering. Oleskan pada kulit wajah yang sudah dibersihkan, biarkan selama 15 minit, lalu bilas dengan air suam. Madu merupakan antioksidan yang tinggi, juga memiliki bahan anti bakteria, sehingga baik untuk
membantu atasi jerawat.
Scrub Bibir
Untuk membantu mengangkat kulit mati pada bibir, Anda boleh gunakan campuran sedikit madu dengan gula. Lalu gosokkan pada bibir secara perlahan sebagai scrub.
0 ulasan:
Catat Ulasan