BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

26.2.10

CANTIK DENGAN LEMON/LIMAU


Buah lemon/limau lebih sering dipakai sebagai bahan untuk menambah rasa masakan atau untuk menghilangkan bau hanyir pada makanan laut. Namun ternyata, lemon pjugamemiliki kandungan yang boleh digunakan untuk membantu kecantikan. 

Berikut di antaranya:

Rambut Berkilau
Air perahan lemon boleh dimanfaatkan untuk membuat rambut lebih sihat, licin, dan berkilau. Caranya, campurkan air perahan lemon dengan air untuk mencuci rambut. Atau, Anda boleh mencuba alternatif lain, iaitu, mencampurkan tiga sudu makan jus lemon dengan 3/4 gelas minyak zaitun dan setengah gelas madu. Sapukan ke rambut dengan bantuan sikat. Lalu, diamkan selama setengah jam sambil ditutup shower cap. Setelah itu, cuci rambut seperti biasa dan dapatkan kilau rambut semulajadi.

Tumit dan Lutut
Tumit atau lutut kering dan kasar, sama sekali bukan penyempurna penampilan. Siasat dengan menggosokkan potongan lemon pada kulit tumit dan lutut yang bermasalah. Kesannya tumit dan lutut akan halus kembali. 


Mencerahkan Wajah
Lemon boleh dipakai  sebagai masker, terutama bagi jenis kulit berminyak. Campurkan air lemon dengan madu dan gunakan sebagai masker. Setelah 10 minit, bersihkan dengan air hangat dan dapatkan kulit wajah yang lebih cerah.

Mulut dan Gigi
Wajah cantik tapi bau mulut? Duh, it's a big no no. Tapi tenang, beberapa titis lemon boleh digunakan sebagai ubat kumur untuk membunuh bakteria penyebab bau mulut. Nah, lemon juga dapat sekaligus memutihkan gigi, jika Anda berkumur-kumur setelah menggosok gigi.

Menghilangkan Noda Hitam pada Wajah
Buah lemon dipotong dua, lalu kukus kurang lebih 10 minit. Setelah itu disejukkan sebentar. Sapu  pada wajah Anda yang bernoda dengan lemon tersebut dengan arah memutar keluar. Simpan sisa lemonyang belum terpakai ke dalam peti sejuk. Jika wajah terasa perih, hentikan pemakaian.

Membersihkan Celah Kuku
Tak sempat manicure atau pedicure di salon? Lemon boleh digunakan sebagai alternatif perawatan kuku. Rendam kuku dalam air lemon sekitar 10 minit. Lalu, gosok perlahan dengan beruskecil, tambahkan pula cuka dan air suam untuk membantu melicinkan air lemon.

0 ulasan: