Begitu banyak kosmetik yang menjanjikan wanita untuk tampil cantik dan awet muda. Tapi, sejatinya, tak ada yang lebih efektif membuat Anda tampil lebih cantik berbanding "kanvas lukisan" yang sihat dan cantik pada dasarnya.
Kulit kita adalah kecenderungan akan apa yang terjadi di dalam tubuh kita. Christine Gonzalez, pelatih kesihatan mengatakan, bahwa ada beberapa makanan yang dipercaya mampu membantu menyembuh dan menjaga kulit, sementara ada makanan lain yang boleh membuat kedutan dan jerawat. Apakah hal-hal yang boleh merawat kulit dan yang merosak kulit itu?
Berikut adalah hal-hal yang boleh Anda lakukan untuk merawat kulit dari dalam tubuh untuk tampil segar di zahirnya.
Hadapi Stress
Biarpun sulit untuk dihindari, stress harus mampu dihadapi. Stress merupakan salah satu penyebab timbulnya jerawat. Cubalah untuk mendapatkan tidur yang cukup, bersenam, berlatih yoga, dan bersantai untuk menenangkan fikiran, misal dengan mandi berendam atau SPA.
Makanan Sihat
Kulit mencerminkan keperibadian Anda. Sihatkan kulit Anda dengan memakan makanan yang tak diproses, organik, dan sihat untuk memberi nutrisi pada tubuh, dan tidak mengandungi racun ke dalam tubuh. Buah-buahan dan sayuran berdaun hijau, seperti bayam adalah makanan yang baik untuk kulit.
Omega 3
Asam lemak essential, omega-3, baik untuk mencegah timbulya garis halus dan kedutan pada kulit wajah kerana merawat kulit dengan memberinya hidrasi dan elastisitis. Anda boleh mendapatkannya dari salmon, biji rami, dan kacang walnut.
Antioksida
Buah delima, anggur merah, dan blueberry mengandung banyak antioksida. Antioksida mencegah kedutan dengan melindungi kulit dari radikal bebas yang merosak yang berasal dari matahari dan pencemaran alam.
Serat Hijau
Dengan menambah serat dalam amalan seharian Anda, Anda pun akan membantu merawat kulit. Kerana, serat membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Anjuran pemakanan harian adalah dalam 25-35 gram per hari. Kebanyakan orang hanya mengamal kandungan setengah dari keperluan ini. Kacang-kacangan, buah, dan gandum memiliki banyak serat.
Hidrasi
Meminum banyak air juga membantu mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Anjurannya adalah 64 ons per hari, atau sekitar 10-12 gelas per hari. Jika tak sanggup meminum air putih seharian, boleh diganti dengan teh, sebaik mungkin kurangkan kafein yang mampu membuat anda mengeluarkan cairan dari tubuh.
Sementara, yang perlu dihindari adalah;
Lemak
Jika jerawat adalah masalah yang Anda hadapi, akan lebih baik jika Anda mengurangi memakan makanan berlemak, khususnya lemak jenuh, yang ada didapat dari makanan hasil produksi susu, makanan berlemak, dan minyak sawit atau kelapa. Lemak boleh menimbulkan peradangan, yang akan memparah peradangan pada kulit.
Gula
Gula membantu memburukan situasi kedutan, jerawat, dan peradangan kulit. Gula akan membuat kulit menjadi kaku, sehingga menimbulkan garis halus, dan kerut dengan merosak ketebalan kolagen. Selain itu, gula juga melancarkan pertumbuhan sejenis bakteria yang menjadi punca jerawat.
Makanan yang telah diproses
Ketika Anda memakan makanan yang telah diproses, seperti biskut tawar dan kerepek, Anda akan mendapatkan akibat yang sama dengan memakan gula, kerana makanan semacam ini sangat kurang nutrisi, dan cepat berubah menjadi gula di dalam tubuh.
0 ulasan:
Catat Ulasan