Manfaat susu memang tak perlu lagi diragukan. Tidak hairanlah ada pelbagai jenis produk kosmetik berformula susu kini amat digemari. Namun, tahukah Anda bahwa susu serbuk atau susu tepung dalam pembungkusan apa pun dapat digunakan untuk perawatan kecantikan kulit tubuh sehari-hari?
Susu yang kaya kandungan zat asam beta hydroxy semulajadi, kini sering dijadikan campuran untuk lulur/scrub tubuh. Campuran ini tak sahaja berfungsi sebagai peeling yang mengikis kotoran dan sel kulit mati, namun mampu mencerahkan kulit sehingga terlihat lebih halus dan tidak bersisik. Selain itu, kandungan protein dalam susu juga berguna sebagai penyalur nutrisi yang berfungsi melembabkan sekaligus membuat permukaan kulit lebih halus dan kenyal.
Cara menggunakannya:
1. Ambil scrub serbuk secukupnya, larutkan dengan sedikit air (boleh pula menggunakan scrub berbentuk krem atau cecair yang umumnya telah mengandung air).
2. Tambahkan sedikit air perasan limau nipis atau lemon, larutkan sehingga tercampur dengan baik.
3. Masukkan 2 sudu makan susu serbuk ke dalam larutan, gaul sehingga mengental.
4. Sapukan merata ke seluruh permukaan kulit tubuh. Beri perhatian teliti pada bahagian sendi, siku, atau lipatan-lipatan kulit yang biasanya sering terabai.
5. Tunggu sekejab dan biarkan sehingga setengah kering. Gosok perlahan, sesekali lakukan urutan ringan dengan gerakan memutar. Pastikan sehingga sisa scrub dan kotoran yang menempel di kulit mengelupas dan tanggal.
6. Bersihkan sekujur tubuh dengan air hangat, dan akhiri dengan sapuan pelembab ke seluruh tubuh.
Teliti sebelum melakukan scrub
1. Pastikan kulit tubuh Anda sedang tidak mengalami gangguan kulit yang serius. Minimum, tidak terdapat luka berdarah atau terbuka.
2. Gaullah scrub dan susu serbuk yang baru setiap kali hendak digunakan, agar meminimum risiko lscrub atau susu serbuk mengeras dan rosak kandungannya.
3. Scrub plus susu umumnya dapat digunakan untuk semua jenis kulit. Terutama, bagi yang berkulit kering, kusam, dan cenderung bersisik. Untuk mereka, dianjurkan menggunakan susu serbuk atau susu botol berformula full cream, agar memperoleh manfaat pelembab yang maksimum.
0 ulasan:
Catat Ulasan