BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

24.11.10

4 LANGKAH MUDAH MENGHIAS BULU KENING




Merawat dan memelihara bulu kening tidaklah terlalu sukar. Apabila terlalu rapi, bulu alis itu boleh jadi tidak natural. Terlalu bersemangat mengkemas bulu-bulu yang tumbuh berselerak, akhirnya boleh mengubah fiqura wajah Anda. Lantas, Anda harus bersabar pula untuk menunggu bulu kening itu tumbuh semula sehingga harus dikemaskan sekali lagi.

Agar bulu kening boleh terbentuk indah untuk menonjolkan wajah Anda, ikuti tips memelihara bulu kening dengan konsep semulajadi, seperti yang disaran oleh Ramy, pakar bulu kening dan pemilik Ramy Spa di New York City.

Langkah 1
Siapkan peralatan Anda.
Pensil pengalis mata untuk mengisi bahagian kening yang berceramok, berus alis, pencabut bulu, dan gunting kecil untuk alis.

Langkah 2
Rancanglah bentuk bulu kening Anda.
Untuk menemui bentuk dan ketebalan bulu kening yang semulajadi, biarkan bulu alis itu tumbuh selama sebulan. Kemudian, sukat berus alis mata dengan ujung bawah di sudut bibir, sampai ke sisi hidung Anda sehingga hujung berus berakhir di kening. Bulu kening yang sempurna perlu dimulai dari area di mana tepi dari bulu kening Anda tumbuh. Kemudian, luruskan berus pada tepi luar dari sudut bibir Anda. Di mana ujung berus bertemu dengan pangkal alis mata, di situlah letak lengkung bulu kenin g yang wajar. Terakhir, tahan berus secara diagonal dari lubang hidung ke sudut luar dari mata, dan terus ke arah bulu kening. Titik di mana berus bertemu dengan pangkal kening itulah letaknya di mana garisan bulu kening harus berakhir.

Langkah 3
Rapikan bulu kening yang berserabut.
Dengan menggunakan berus kening, sapukan ke atas dari arah kening. Lalu dengan gunting kecil alis mata, potong bulu-bulu rerambut yang lebih panjang daripada garisan alis mata Anda yang natural. Setelah itu berus bulu kening itu ke belakang, langsung kembali ke posisi natural.

Langkah 4
Cabut.
Berdirilah dengan jarak sekitar 30 sentimeter dari cermin, lalu cabut satu garis rambut di bahagian bawah kening, bermula dari hidung, ke lengkungan kening, hingga ke hujung pelipis. Untuk mencegah bulu dari tumbuh semula ke arah dalam (sekaligus mengurangi rasa sakit), cabut bulu kening dari arah selari dengan tumbuhnya bulu. Kemudian cabut bulu yang tumbuh di sekitar kening hingga ke kelopak mata. Jangan mencabut bulu yang berada di atas kening kerana boleh mengubah bentuk kening Anda yang semulajadi. Dengan menggunakan pensil alis, beri warna di bahagian tengah kening dalam arah tumbuhnya bulu.

0 ulasan: