Kulit buah atau sayuran memang tidak selazat isi buahnya. Rasanya boleh jadi pahit, masam, atau tawar. Sehingga kita lebih gemar membuangnya. Padahal, pada kulit inilah terletak nutrien yang sering dipercayai mampu melawan penyakit kanser, meningkatkan tenaga tubuh, dan sebagainya.
Dr Marilyn Glenville, bekas Presiden Food and Health Forum di Royal Society of Medicine, mengatakan bahwa semua buah dan sayuran memiliki bio-sinergi, yang beerti faedah nutrien dari mana-mana bahagian yang saling diperkuat diantara satu sama lain. Di bawah ini dilampirkan beberapa contoh buah dan sayuran yang boleh Anda makan bersama kulitnya.
Buah kiwi
Kulit buah kiwi yang berambut mengandung antioksidan yang tinggi, yang dipercayai mampu berfungsi sebagai anti kanser dan anti alergi. Menurut Dr Glenville, "Kulitnya mengandung anti oksida tiga kali lebih banyak dari bahagian isinya. Selain itu ia juga mampu melawan bakteria, seperti Staphylococcus dan E-coli, yang boleh membuat Anda keracunan makanan"
Cara memakannya: Jika kulit buah kiwi terasa terlalu masam, pilih buah kiwi jenis gold (boleh Anda beli di hypermarket) yang rasanya agak manis. Kulitnya juga tak terlalu berbulu, tetapi tetap menyediakan manafaat yang sama. Masukkan kulitnya juga bila Anda membuat jus kiwi.
Nanas
Tentu Anda tidak perlu mengunyah kulit nanas yang berduri itu. Yang harus Anda makan adalah bahagian sulur tengahnya yang keras. Nanas dipercayai kaya dengan kandungan serat dan vitamin C, serta bermanafaat utama pada enzimnya yang disebut bromelain. Bromelain berfungsi menghadam makanan, dan memecah jaringan keras yang tinggal di dalam sistem pencernaan sehingga melindungi perut. "Bahagian pusat nanas mengandungi suplement bromelain dua kali ganda daripada isi buahnya," menrut Dr Glenville.
Cara memakannya: Tekan dan hancurkan bahagian tengahnya, dan tambah perahan itu ke dalam smoothies. Isi buah juga boleh ditambah ke dalam sup atau hidangan sayur bagi memberi lebih banyak faedah serat.
Brokoli
Yang membuat brokoli menjadi berat ketika ditimbang adalah bahagian batangnya. Bahagian batang ini biasanya dibuang, padahal itulah alasan utama kita untuk menikmati manafaat brokoli. "Batang brokoli mungkin tidak mempunyai rasa seperti bunganya, tetapi memiliki kandungan kalsium dan vitamin C yang amat tinggi," kata Dr Glenville. Batang brokoli juga kaya dengan serat larut. Sehingga Anda akan merasa kenyang lebih lama.
Cara memakannya: Potong-potong batang brokoli menjadi ukuran kentang goreng, lalu tumis atau rebus bersama rencah makanan lain.
Pisang
Para penyelidik di Taiwan mendapati bahwa ekstrak kulit pisang mampu menghapus stress dan depression kerana ia kaya dengan serotonin, sejenis pemangkin kimia yang berupaya menyeimbangkan mood. Kulit pisang juga baik untuk mata kerana mengandungi antioksida lutein yang melindungi sel-sel mata dari sengatan sinar ultraviolet. Yang mana boleh mencegah dari dijangkiti penyakit katarak.
Cara memakannya: Kumpulan penyelidik Taiwan menyaran agar direbus kulit pisang selama 10 minit, lalu meminum air rebusannya yang sudah disejukkan. Atau, campurkan ke dalam juicer, lalu minum jusnya.
Bawang putih
Menurut para penyelidik dari Jepun, kulit bawang putih mengandung enam pemangkin antioksida yang berlainan. Mengupas bawang putih boleh menghilangkan antioksida phenylpropanoid yang membantu bagi mencegah proses penuaan dan agen perlindungan jantung.
Cara memakannya: Tuangkan minyak zaitun di atas separuh atau seluruh jambak bawang putih, lalu taruh di atas baki bersama dengan ayam atau sayuran yang sedang Anda masak.
Buah-buahan sitrus
Kulit limau dan tangerine memiliki sejenis antioksida kuat yang disebut super-flavonoids, yang boleh mengurang kadar kolesterol tidak baik secara beransuran, tanpa menurunkan kadar kolesterol baiknya. Antioksida yang didapati dari kulit limau adalah 20 kali lebih banyak dari yang didapat melalui jus. "Hal yang sama berlaku bagi semua buah-buahan sitrus," kata Dr Glenville. "Bahagian dalam kulitnya yang berwarna putih mengandung pektin yang tinggi, yaitu komponen serat diet yang diketahui mampu menurunkan kolesterol dan melawannya dengan bakteria yang baik."
Cara memakannya: Tambah parutan kulit buah sitrus ke dalam hidangan keju, atau cake dan muffin. Atau, masukkan seluruh buah yang belum dikupas ke dalam juicer sehingga Anda dapat seluruh manfaatnya.
Kentang
Kebanyakan orang tahu bahwa kulit kentang itu baik untuk kesihatan, tetapi tidak banyak yang tahu tentang alasannya. Kulit adalah sumber nutrien dari kentang. Segenggam kulit kentang menyediakan separuh dari rutin faedah harian serat larut, potasium, zat besi, fosfor, zink, dan vitamin C. "Sebenarnya, kentang mengandung lebih banyak vitamin C daripada limau. Sehingga baik untuk siapa sahaja yang ingin mencegah flu," kata Dr Glenville.
Cara memakannya: Jadikan kentang panggang bersama kulitnya, rebus dan tumbuk dengan kulitnya menjadi kentang tumbuk, atau potong-potong menjadi wedges, celupkan ke dalam sedikit minyak zaitun, lalu panggang sebagai potato wedges.
0 ulasan:
Catat Ulasan