BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

8.12.10

5 CARA MUDAH BAGI MENGEKANG NAFSU MAKAN




Dokter Mehmet Oz, dalam artikel berjudul You: On a Diet Basic, mengemuka rahsia unik ini untuk diet Anda.


1. Pilihlah warna biru
Tanpa Anda sedar, perolahan warna ternyata mampu mempengaruhi nafsu makan. Warna lembut dan hangat, seperti kuning, hijau, merah muda (pink), ungu, dan oren, ternyata mampu membuat Anda makan lebih banyak. Tidak hairan andai warna tersebut sering ditemui pada hiasan makanan atau dekorasi hidangan yang Anda kadangkala santapi. Untuk menguji kebenarannya, Anda boleh menggunakan warna biru sebagai penutral makanan. Biru boleh mengurangkan selera makan hingga 30 peratus.

2. Gunakan cahaya terang
Memang sedap bila minum kopi dan menikmati hidangan di restoran dengan lampu-lampu bercahaya samar keemasan. Selain bersifat remang dan teduh, pencahayaan ini mampu menimbulkan rasa tenang dan memberi efek romantik. Tapi, berhati-hatilah! Kerana suasana redup cenderung teduh seperti itu boleh meningkatkan nafsu makan. Sebaik mungkin, pilihlah ruang dengan pencahayaan yang agak terang-benderang jika Anda ingin makan besar.

3. Hindari alas hidangan makanan bersifat transparan
Salah memilih fungsi makanan merupakan kesan buruk untuk berdiet. Lokasi makan atau peralatan makanan bersifat transparan ternyata mampu membuat makanan kelihatan semakin menggoda selera dan turut membuat susah hendak kenyang. Sebuah artikel penyelidikan dalam International Journal of Obesity di Amerika Syarikat menyatakan bahawa, kaum wanita akan makan 71 peratus lebih banyak jika berada dan menggunakan kelengkapan bersifat transparan.

4. Hidu bau buah-buahan
Penyelidikan dari The Smell and Taste Foundation di Chicago menyatakan bahawa, aroma dari buah-buahan mampu mengurangkan keinginan untuk makan lebih banyak. Jika tiada buah, menghidu bau-bauan bersifat limau atau lemon juga boleh menjadi cara yang tepat. Selain dari mudah didapati, pewangi ruang berbau limau atau lemon juga boleh Anda letakkan di meja kerja atau ruang dalam kenderaan.

5. Ketawa dan bahagia dengan teman semeja
Pergi makan tengahari bersama rakan sekerja ternyata boleh membuat Anda tidak terlalu bernafsu untuk makan. Komunikasi yang terjalin di antara Anda dan rakan mampu melenyap beberapa peratus keinginan untuk makan banyak. Kerana, kehadiran orang lain mampu mengalihkan tumpuan Anda terhadap makanan.

0 ulasan: