Nanti....
-
*Batin menanti*
*komulus cerah itu hadir*
*putih mengapas pembawa ria*
*arakan bersuling kuningan mega*
*mengacah litupan lazuardi dingin*
*sepenuh menghi...
12 tahun yang lalu
Seribu liku kehidupan... Seribu nukilan hayat... Kecantikan & mode... Warisan Jamu & khazanah herba... Kesihatan raga & sukma....
Anda ingin menjadi raw foodist, tetapi tergolong dalam orang yang kurang atau sama sekali tak sukakan sayur? Jangan cepat mengalah dulu. Pemikiran Anda terhadap sayur, apalagi yang dimakan mentah, dapat diatasi dengan langkah-langkah berikut.
1. Ubah cara pemikiranJika Anda berasa sayur tidak sedap di lidah, biar apa pun cara yang telah dibuat, dan Anda tetap tidak dapat menikmatinya. Ubahlah pandangan tersebut, dan cuba menerima perbezaan citarasa. Kerana kesesuaian lidah Anda mampu diseragamkan dengan cara otak Anda berfikir.
2. Cuba latih kepekaan lidahSelama bertahun-tahun lidah menjadi alat mengecam makanan yang ditabur serbuk perasa, pemanis makan, dan bahan awet zat makanan, tanpa disedar organ lidah itu telah tumpul deria rasanya. Ioleh sebab itulah, kita harus mengurangkan makanan yang mengandung bahan tersebut dalam hidangan diet sehari-hari. Dengan sedemikian, rasa sayuran dan buah mentah akan lebih dapat diterima lidah dengan lebih mudah.
3. Mulakan rutin secara perlahan-lahanTidak perlu mengubah rutin kebiasaan makan secara mendadak. Selitkan sayuran, buah, dan kekacang mentah dalam menu harian secara perlahan-lahan. Contohnya, dengan menabur sedikit demi sedikit di dalam hidangan makanan. Seperti cuba menikmati sayuran salad dengan perasa mayonaise dressing dulu. Apabila sudah terbiasa, barulah diganti ke raw dressing atau tanpa dressing sama sekali.
4. Hiaskan pingan makan dengan menu "berwarna-warni"Seperti warna pelangi, sayuran pun ada yang agak berwarna-warni sifatnya. Setiap warna sayuran biasanya mewakili vitamin, mineral, dengan rasa yang saling berbeza. isikan sayuran dan buah yang belum pernah dicuba makan ke dalam pinggan"pelangi" Anda. Isi hidangan yang dilihat cantik pasti menambah selera Anda.
5. Ubahsuaikan sayur-sayuran menjadi jus, sup, atau sosBe creative! Jika pada awalnya Anda masih susah hendak mengunyah sayur-sayuran mentah dalam bentuk asli, ubah sahaja ia menjadi bentuk jus, sup, atau sos. Resepinya mungkin Anda mampu dapatkan dari buku resepi raw food atau pelbagai laman web raw food di internet.
Dicatat oleh Riesna Zasly di 4:42 PG
Label: TAMPIL MENAWAN
0 ulasan:
Catat Ulasan