Kekayaan budaya bangsa nusantara mewariskan pelbagai rangkaian perawatan kecantikan yang sangat berkhasiat bagi kita. Malah, ada diantaranya mampu dilakukan sendiri di rumah kala luang dengan bahan semulajadi yang mudah didapati. Contohnya, mengamalkan minum jamu.
Minum jamu berkhasiat untuk mencegah penyakit, meningkatkan tahap kesihatan, berunsur perubatan dan mempercantikkan tubuh. Khasiat jamu untuk mengatasi masalah kesihatan dan kecantikan memang sudah mendapat banyak bukti sahih dari sudut ilmiah.
Contohnya jamu dari kacang kedelai, amat berkhasiat untuk mencegah masalah menopause, kardiovaskular, dan osteoporosis. Ini adalah kerana jamu tersebut amat kaya akan isoflavon. Sementara itu, buah pegaga dalam persediaan kosmetik dapat membantu proses persalinan sel kulit baru kerana kandungannya yang kaya triterpenoid.
Namun, perlu diingat juga bahwa jamu bukanlah dalam kategori unsur ubat. Ia hanya sekadar bahan suplemen semulajadi . "Kandungan jamu perlu diteliti kadar kemanafaatnya dalam proses pembuatan, memerlukan sijil sah dari kementerian kesihatan," men urut dr Sandra Widaty, SpKK, dokter pakar kulit dan kelamin dari RS Cipto Mangunkusumo, Indonesia
Dalam buku Healthy Lifestyle with Jamu, Dr Martha Tilaar menyatakan bahwa jamu amat diperlukan dalam segenap taraf kehidupan. Bermula dari seawak bayi dan kanak-kanak, remaja, dewasa, dan mereka yang telah berusia lanjut.
Ramuan jamu untuk kesihatan kulit dengan cara mudah, sila ikuti rutin berikut ini.:
* Cuci bersih daun pegaga dan daun teh hijau dengan sempurna.
* Campurkan kedua bahan itu, kemudian direndam dengan air mendidih selama 10 minit.
* Tapis airnya, tunggu sehingga sedikit suam, dan siap untuk diminum
Tips: Lakukan sesuai keperluan. Selalunya jamu ini diminum 3 kali sehari, sebanyak 1 gelas.
0 ulasan:
Catat Ulasan