Membentuk dan mewarna kuku dengan warna-warna yang mengikut trend terkini memang mengasyikan. Memoles cat kuku berwarna merah merun, contohnya, akan memberi suatu kesan berbeza dengan mengenakan cat kuku berwarna biru metalik. Sedangkan apabila kuku menjadi pucat atau mencatnya dengan warna pink juga mampu memberi kesegaran yang berbeda.
Masalahnya, terlalu kerap mewarna kuku dan menghapusnya berulang-kali dapat mengakibatkan kuku menjadi rapuh. Untuk mengatasi perkara ini, cuba lakukan "reformasi" terhadap tatacara Anda merawat kuku. Ada lima cara yang boleh Anda lakukan sendiri tanpa mengeluarkan banyak belanja.
* Pilih cecair pembuang cat kuku yang bebas aseton.
Bahan ini memang membuat cat kuku lebih mudah dibuang, tapi juga menghilangkan minyak semulajadi pelindung kuku. Akibatnya kuku menjadi cepat haus, menjadi kering dan rapuh. Lebih baik Anda mengurangi pemakaian cat kuku sehingga tidak perlu terlalu sering menggunakan pembuang cat kuku.
* Rapikan kuku Anda secara berjadual.
Kuku Mariah Carey yang panjang dan lentik memang cantik dipandang, tapi bila tidak dirawat dengan baik, kuku sepanjang itu amat mudah patah. Bila kuku Anda tergolong dalam karegori cepat rapuh, memanjangkan kuku bukanlah suatu idea yang bagus. Lebih baik, panjangkan kuku sehingga 2 mm sahaja.
* Jangan terlalu lama merendam kuku di dalam air
Kurangkan merendam kuku terutamanya dalam air yang panas. Suhu panas akan membuat kuku dan kulit Anda menjadi lebih kering, dan menjadi lebih rapuh. Kecuali Anda sedang berenang. Seeloknya tidak terlalu lama menghabiskan waktu untuk mandi atau bermain air.
* Mengamal suplement biotin.
Suplement ini akan membantu menguatkan kuku, terutama bagi Anda yang sedang menjalani diet dengan mengurangkan pengambilan kuning telur, ragi, atau gandum. Sebabnya, dari bahan-bahan itulah kita akan mendapatkan kandungan biotin secara alami.
* Hilangkan kekotoran pada kuku dengan air perahan limau nipis.
Anda boleh menggunakan cotton bud untuk mengosok air perahan limau tersebut di atas kuku. Ataupun cara lebih mudah, belah dua buah limau, lalu tempekkan ke atas kuku Anda dalam masa dua minit.
0 ulasan:
Catat Ulasan