BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

14.7.11

MENCAPAI KUALITI TIDUR YANG SEMPURNA


Tidur adalah masa yang tepat untuk merehatkan fizikal dan mental. Cukup tidur tak hanya ditentukan dari lamanya tempoh tidur, tetapi juga dari kualiti kenyenyakannya. Berikut adalah hal-hal yang boleh dan tidak boleh dilakukan sebelum tidur, untuk mendapatkan tidur yang berkualiti nyenyak.

Lakukan hal-hal berikut sebelum tidur:

* Mandi air suam-suam kuku sebelum tidur.

* Rutinkan waktu setidaknya setengah jam untuk bersantai sebelum waktu tidur.

* Biasakan membuat ritual berehat sebelum tidur, seperti membersihkan kulit yang diikuti dengan penggunaan produk perawatan tubuh, atau membaca buku yang ringan atau kitab suci serta berdoa.

* Pilihlah katil atau selimut yang paling nyaman. Jangan terlalu “cerewet” dalam memilih kualiti selimut, jika ingin tidur yang berkualiti.

* Kenakan pakaian yang longgar untuk tidur.

* Penggunaan stokin kaki ketika tidur dapat memudahkan seseorang untuk tidur lena kerana di posisi tubuh yang lebih hangat, Anda akan lebih cepat tertidur.

* Jika akal sedang sibuk memikirkan masalah tertentu, cuba alihkan fikiran pada momen-momen bahagia atau gunakan teknik visualisasi.

* Hindarkan gangguan ketika tidur dengan menutup pintu bilik, mengatur temperature kamar tidur senyaman mungkin, tidak terlalu panas atau sejuk, serta meminima gangguan cahaya dan suara.

* Jaga rutin bangun di pagi hari, untuk menjaga keseimbangan tubuh.


Hal-hal yang harus dihindarisebelum tidur:

* Minum teh atau kopi dua jam sebelum waktu tidur tiba.

* Minum minuman beralkohol, kerana boleh menyebabkan kegelisahan atau tubuh menjadi aktif.
*  Bersukan mendekati waktu tidur.

*  Minum banyak air, kerana akan menimbulkan rasa ingin buang air kecil semasa tidur. Akibatnya, Anda sering terbangun malam untuk buang air kecil.

* Untuk sebahagian orang,  tidur siang perlu dielakkan kerana akan membuat lebih sukar tertidur di waktu malam hari.

* “Berusaha keras” untuk tertidur. Semakin keras usaha Anda, semakin susah Anda hendak terlelap dan hal ini boleh membuat stress. Jika Anda tidak dapat terlelap, bangunlah dari tempat tidur, tinggalkan kamar dan bacalah bacaan yang ringan sampai Anda merasa mengantuk
 

0 ulasan: