Bau tubuh yang wangi tidak hanya baik untuk diri sendiri, tetapi juga untuk pergaulan dengan orang-orang di sekeliling kita. Tapi ada waktu-waktunya bau badan Anda menjadi kurang menyenangkan. Contohnya kerana pengaruh peluh atau cuaca yang terlalu panas. Menyembur parfum pun kadang-kala tidak dapat membantu. Cuba amalkan lima perkara berikut bagi mengurangkan bau badan:
1. Guna "deodoran" dari bahan semulajadi
Rendam seketul kapas di dalam alkohol lalu sepitan di celah ketiak selama beberapa minit bagi mengurangkan bau badan yang berpunca dari bakteria. Anda juga boleh merendam ia dengan tea tree oil, yang mampu membuat ketiak Anda tetap kering, juga terhindar dari bakteria dan bau.
2. Makan sayur-sayuran
Sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam amat kaya akan klorofil, dan turut memiliki kesan seperti haruman semulajadi untuk tubuh. Jadi, jangan culas memakan sayuran!
3. Pilih pakaian diperbuat dari bahan semulajadi
Pakaian dari bahan kapas membuat kulit Anda dapat lebih bernafas. Sekaligus terhindar dari bau badan. Hindarkan pakaian dari bahan sintetik, seperti nylon atau lycra, yang tidak dapat menyerap peluh sehingga menyebabkan bau badan.
4. Hindari “bau matahari"
Beraktiviti di bawah sinar matahari yang panas akan membuat tubuh menjadi lebih panas dan berpeluh. Tidak hairanlah akhirnya ada istilah "bau matahari", yang digambarkan pada bau yang timbul dari tubuh yang habis berjemur.
5. Pakai anti-perspirant di waktu yang tepat
Usapkan di bahagian ketiak ketika keadaan kulit sedikit lembab dan basah, contohnya selepas mandi. Ini akan membuat bahan aktifnya mampu menyerap masuk ke dalam kulit dengan lebih cepat.
0 ulasan:
Catat Ulasan