Andai ditanya kepada Patricia Farris, MD, Timbalan Profesor Klinikal bidang dermatologi di Tulane University School of Medicine, berkisar posisi tidur yang terbaik untuk cantik, Farris pasti akan menjawab, posisi menelentang adalah lebih baik berbanding meniarap. Menurut beliau, ini adalah kerana, posisi men iarap atau mengiring dapat mempengaruhi pembentukan kerutan pada wajah dan mata. Posisi ini juga mampu menimbulkan kesan kedutan atau garis halus yang bersifat kekal pada kulit.
Lantas bagaimana jika kita sudah terbiasa tidur dalam posisi meniarap atau mengirng? Cuba gantikan sarung bantal anda dengan bahan dari satin. Tekstur kain satin yang halus seperti sutera dapat memncegah kulit wajah dari kesan kedutan. Kemudian, pakailah selimut agar kita lebih santai dan suhu tubuh sentiasa hangat. Keadaan ini akan membuat tidur kita lebih berkualiti sehingga kerja hormon melatonin akan semakin efektif bagi kesihatan kulit.
Selain posisi tidur, kita juga harus memerhatikan bantal yang kita gunakan. Kerapkan posisi kepala lebih tinggi siletakkan lebih tinggi dari letak jantung ketika tidur. Tujuannya, supaya ketika bangun, mata tidak Kelihatan bengkak. "Posisi kepala yang sama tinggi dengan perletakan jantung semasa tidur, akan membuat aliran darah berkumpul pada wajah.
0 ulasan:
Catat Ulasan