BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

22.9.11

Kasut VS Diabetes


Wanita dan fesyen kasut, ramai yang menyatakan agak sulit untuk dipisahkan. Pelbagai jenis kasut, bermula dari stiletto, wedges, sampai sepatu tumit tinggi yang ekstrem seperti yang digunakan oleh artis Lady Gaga, menjadi daya tarikan tersendiri bagi wanita. Mengumpul kesemuanya menjadi sebuah koleksi sudah tentu mampu membibit kepuasan yang tidak terhingga.

Tetapi, pernahkah kita bertanya bagaimana kedua kaki bertindakbalas ketika kita memakai berjenis-jenis kasut tersebut? Selipar sebagai contohnya, Benarkah elok dan nyaman untuk kegunaan sehari-hari?

Hillary Brenner, DPM, jurucakap American Podiatric Medical Association, ternyata memiliki pandangan sebaliknya. Selipar, menurutnya, bukanlah pelindung yang baik untuk diabetes (pengidap kencing man is).

Kasut yang tidak mempunyai penutup kaki seperti selipa dan sandar amat berisiko bagi pengidap diabetes. Kasut sebegitu boleh membuat kaki mereka terluka akibat geselan benda. Ketiadaan lapisan lembut pada alas lengkungan kaki juga, mampu menyebabkan rasa nyeri pada lutut, tulang pinggul, serta punggung.

Risiko terburuknya mampu mengakibatkan plantar fasciitis atau radangan plantar fascia. Plantar fascia adalah jaringan saraf yang ada di sepanjang telapak kaki, yang melurus hingga ke tumit kaki ketika kita mengatur langkah. Plantar fascia akan bergerak normal apabila lengkungan kaki mendapat alas topangan. Jika tiada, jaringan saraf itu akan mudah robek dan menimbulkan rasa nyeri pada kaki hingga lutut, tulang pinggul, serta punggung.

Hal yang sama juga berlaku untuk kes ballet flat shoes. Kasut bertumit pendek dan datar ini membuat lengkungan kaki tidak punya bekas tampungan. Hasilnya, kaki tidak berfungsi secara maksima ketika berjalan dan turut mampu membuat lutut, tulang pinggul, dan punggung dilanda kesakitan.





Cadangan: Pilihlah sandal atau selipar dengan mampu disesuaikan dengan gerakan kaki ketika melangkah, iaitu aturan bersesuaian dengan aktiviti tumit, belakang kaki, dan jari-jari kaki. Sandal seperti ini mempunyai tapak yang tebal, dan bahagian depan serta belakangnya tidak rata dengan permukaan tanah atau melengkung. Kebaikannya, tapak lengkungan kaki akan tertampung dengan sempurna. Juga paling bersahabat untuk kaki.


Untuk kasut bertumit datar, cuba beri tapak tebal tambahan di dalam ruang kasut. Biasanya  tambahan ini akan dilengkapi dengan permukaan empuk pada bahagian lengkungan kaki. Sehingga tekanan pada kaki mampu dikurangkan dan kecederaan pada sendi boleh dicegah.

0 ulasan: