BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

17.1.12

YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG MEE SEGERA


Mee Segera merupakan salah satu hidangan paling mudah disediakan, ringkas serta disukai ramai kerana rasanya yang sedap. Penyimpanan yang lama juga membuat mee segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang hidup membujang dan tidak mempunyai masa untuk memasak.

Walau begitu, terlalu kerap mengamal pemakanan mee segera dinyakini akan menimbulkan banyak kesan negatif kepada tubuh disebabkan kandungan bahan pengawet atau bahan perasanya yang tinggi. Selain mengandungi zat karbohidrat, mee segera juga diakui tidak memiliki kandungan vitamin, mineral, atau serat yang bermanfaat untuk tubuh. Secara keseluruhannya mee segera tidak memiliki cukup zat bagi keseimbangan gizi tubuh manusia.

"Paling bahaya adalah kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang terdapat di dalam mee segera," ujar Dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc, semasa merasmikan produk mee segera baru di Swiss Hotel, Kuala lumpur pada minggu lalu.


Kandungan bahan merbahaya mee segera ini diperolehi melalui proses pengilangan sehingga proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mee sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus.

"Banyak orang mengatakan air rebusan pertama mee segera harus dibuang agar bahan pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak pernah akan hilang," tambah Dr Patricia lagi.

Air rebusan mee segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan zat kimia lain yang mungkin digunakan untuk proses membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang merbahaya bagi kesehatan ketika di proses pengilangan mee itu tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama telah dibuang.

Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan zat pewarna masih tetap bertahan dalam mee segera meski kadarnya sudah berkurangan beberapa peratus. Perlu diketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengilang mee segera sudah tentu harus mengikuti standard natural yang ditetapkan oleh Badan Pengawasan Makanan Negara (BPOM). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi menyebabkan perbagai gangguan kesihatan bila diamalkan secara rutin. 



"Kesan jangka panjang adalah seperti gangguan pencernaan, komplikasi kesihatan, sehingga kanser usus, dan lainnya," terangnya lagi.

Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga amat merbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang mampu menimbulkan berbagai gejala penuaan dini. Selain itu, mee segera juga boleh merosak program diet Anda, kerana kadar kalorinya yang tinggi.

Sekali-sekala boleh saja menikmati mee segera, tetapi sebaiknya tidak sering diamalkan. Jangan jadikan mee segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai hidangan selingan sahaja. Tetaplah mengamal makanan seimbang untuk sarapan, makan tengahari, dan makan malam.

0 ulasan: