Hampir kesemua wanita dan segelintir lelaki gemar memakan coklat. Mungkin kerana kesan nyaman yang ditimbulkan, ataupun mungkin rasanya mengundang ketagihan. Namun begitu terdapat pelbagai mitos tentang coklat yang perlu diambil kira akan kepalsuann dan kebenarannya :
1. Meningkatkan tenaga semasa bersukan
Anda tak perlu mengamalkan ‘sports drink’ atau minuman ‘protein shakes’ yang sering disediakan untuk meningkatkan tenaga ketika bersukan. Satu penyelidikan yang diterbitkan di jurnal Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism, telah membandingkan kesan ‘sports drinks; dengan susu coklat dalam mempengaruhi daya tahan atlet bagi memulihkan tenaga selepas sesi bike sprints, dituruti latihan sukan basikal pada keesokan harinya. Terbukti, minuman susu coklat mampu meredakan ketegangan otot selepas sesi sprints, setanding dengan ‘sports drinks’, serta berupaya memulihkan tenaga atlet untuk sesi daya tahan dihari selanjutnnya.
2. Menstruasi bukan penyebab ketagihan cokelat
Hampir separuh wanita Amerika sering menikmati cokelat, dan separuh dari penggemar itu mengalaminya semasa dihadiri menstruasi. Namun penyelidikan dari University of Pennsylvania membuat perbandingan kesan semasa waktu pra-haid dan waktu sedang haid telah membuktikan bahwa, hormon-hormon menstrual bukanlah penyebab kepada keinginan tersebut. Penyelidik menemukan bahwa wanita yang mengalami PMS (premenstrual syndrome) cenderung menjadi penggemar tertinggi coklat. Perkara ini berkaitan dengan psikologi di sebalik ‘comfort foods’.
"Coklat secara sosial dianggap sebagai comfort food, dan seseorang kebiasaannya menginginkan comfort food semasa berasa tidak nyaman," jelas Annmarie Kostyk, pakar coklat dari Professional School of Chocolate Arts, Ecole Chocolate, di Canada.
3. Coklat tidak sesuai untuk melawan rasa mengantuk
Kenyataan coklat mengandungi kafein sering menimbulkan salahpaham. Sebenarnya, kandungan kafein pada coklat amatlah kecil. 28gram Dark chocolate (coklat hitam) mengandungi sekitar 20 mg kafein, manakala 28 gram Milk Chocolate (coklat susu) hanya mengandungi sekitar 5 mg kafein. Jumlah ini bersamaan dengan 226ml minuman kopi tanpa kafein. Berbeza dengan secawan kopi biasa yang mengandungi 100 mg kafein. Bahkan secawan teh pula mengandungi 50 mg kafein.
4. Mengandung flavonoids
Flavonoids adalah sejenis phytochemical fitokemikal yang terdapat dalam coklat secara semulajadi. Menurut Giana Angelo, penyelidik mikro-nutrien Linus Pauling Institute, Oregon State University, struktur kimia dalam coklat yang unik seperti flavonoids dapat mendorong kesan anti-oksidan, anti-radangan, dan agen pelindung sel. Pengamalan memakan hidangan yang kaya flavonoid dipercayai mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Namun untuk mendapatkan manfaat tersebut, pilihlah mengamalkan coklat hitam. Ini adalah kerana kebanyakan coklat hitam mengandungi 60 peratus sumber koko, dan secara tidak langsung turut mengandungi 536mg flavonoids bagi setiap 40 gr pemakanan. Mengamalkan 80 mg flavonoid sehari dapat menurunkan tekanan darah tinggi.
5. Coklat tidak merosakkan gigi
5. Coklat tidak merosakkan gigi
Banyak anggapan bahwa memakan cokelat terlalu banyak boleh menyebabkan gigi berlubang. Padahal, kenyataan adalah sebaliknya. Theobromine, sejenis molekul organik yang terdapat pada koko, ternyata mampu membantu menguatkan enamel gigi. Cuma, theobromine tidak dapat diserap dalam kandungan milk chocolate bar, kerana kandungan gula dan susu akan mengurangkan manfaatnya untuk gigi.
0 ulasan:
Catat Ulasan