BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

10.3.12

WAKTU IDEAL UNTUK TIDUR



Keperluan tidur berbeza-beza di antara satu orang dengan orang yang lain. Ia dipengaruhi keadaan fizikal dan jenis aktiviti harian yang dilakukan masing-masing. Namun, untuk tidur dengan nyenyak, seeloknya waktu tidur ditetapkan tidak lebih dari pukul 10.00 malam.

Menurut penyelidikan jenama Bedeck, yang menguji rutin tidur seramai 2,000 orang dewasa di Eropah. Mereka rata-rata mengaku menikmati tidur tenang, dan bangun dalam pukul 6.47 pagi, serta memulakan hari dengan tubuh segar dengan kaedah sebegitu.

"Waktu untuk tidur itu amat penting, dan kebanyakan orang memastikan mereka mampu tidur nyenyak selama 8 atau 9 jam setiap malam," ujar Tania Johnston, jurucakap jenama Bedeck.

Tetapi, seeloknya paling lewat harus masuk tidur pada pukul 10.00 malam. Sebelum tidur, disarankan juga melakukan aktiviti yang menenangkan, seperti menetapkan waktu makan malam sebelum 1 1/2 jam masa tidur, diikuti minum secawan teh pada 30 minit sebelum itu.

Boleh juga melakukan beberapa rutin aktiviti berkaitan pekerjaan atau hobi sebelum tidur. Tetapi lakukan ia dalam tempoh maksima 2 jam. Contohnya menjengok email, browsing internet, berbual dengan pasangan atau keluarga, atau menonton televisyen.

Sesudah berganti pakaian tidur, dikatakan paling menyenangkan andai tidur dalam posisi menyamping ke arah kanan, atau sambil dipeluk sang suami dari arah belakang. Dipercayai ia mampu mempengaruhi kenyenyakan tidur.

Paling baik andai ditetapkan jam tidur yang sama pada setiap malam untuk menjamin diri dapat menerima kepuasan tidur yang maksima.

0 ulasan: