BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

17.6.12

7 CARA UNTUK HIDUP LEBIH BERSEMANGAT



Semua  pasti bersetuju bahwa rasa bahagia dan gembira mampu membantu hidup lebih bersemangat untuk menjalani hari. Ketika sedang sedih, pasti agak sulit hendak mencurahkan tenaga zahir dan mental biar apa pun yang Anda kerjakan. Menyantap makanan enak, atau window shopping, biasanya dilakukan untuk memperbaiki mood seseorang. Tetapi, hasil penelitian membuktikan bahwa aktiviti tersebut bukanlah cara tepat untuk menaikkan semangat dan keceriaan.

Mengenali keperluan dan kemampuan diri merupakan cara paling tepat untuk membuat hidup lebih bahagia.

"Kenali berapa besar tenaga yang diperlukan dalam rutin harian Anda, sehingga boleh memacu strategi untuk mendorong semangat dan mencapai kebahagiaan maksima. Anda pasti terkejut bila mengetahui betapa cepat dan mudahnya memberi dorongan untuk bahagia di setiap saat dalam diri sendiri," ujar Gretchen Rubin, penulis buku best-seller The Happiness Project.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuat hidup jadi lebih bersemangat.

1. Nikmati cahaya matahari
Kekurangan sinar matahari merupakan salah satu alasan mengapa orang merasa mudah letih. Penyelidikan menyatakan bahwa cahaya matahari mampu merangsang perbagai persenyawaan kimia di otak untuk meningkatkan mood. Bagi mendapatkan tenaga dalaman yang lebih banyak, keraplah berjemur di bawah sinar matahari pagi. Ini akan membuat Anda lebih bersemangat kerana boleh menghirup udara pagi yang segar, dan rasa lebih bersyukur kerana masih mampu menikmati hari terkini.

2. Jalan pagi
Satu penyelidikan menyatakan bahwa berjalan kaki di waktu pagi selama 10 minit mampu meningkatkan tenaga dalaman seseorang, dan menurunkan ketegangan tubuh sehingga menjadi lebih relax.

3. Bergerak dengan penuh bertenaga
Untuk menghasilkan tenaga dalaman yang lebih banyak, cubalah melakukan perbagai gerakan dinamik. Sebagai contoh, daripada meminta pertolongan kerani di pejabat membuat salinan dokumen di aras bawah bangunan, adalah lebih baik Anda sendiri yang turun melakukannya. Aktiviti ringan ini akan bantu mencegah tubuh dari terasa lesu kerana terlalu lama duduk dan dirundung  rasa mengantuk.

4. Dengarkan lagu kegemaran Anda
Alunan muzik mampu merangsang pendengaran dalam mempengaruhi suasana hati dan meningkatkan tenaga dalaman.

 
5. Berbual dengan kawan
Melalui aktiviti perbualan, Anda tak hanya menyerap tenaga dalaman melalui interaksi, turut mampu menangkap emosi kawan berbual itu. Tenaga dalaman positif dan semangat mereka boleh menular dan membangkitkan semangat Anda semula.


6. Membersihkan meja kerja
Meja kerja yang berterabur akan menurunkan gairah bekerja, kerana Anda merasa terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan. Saat bosan dan tidak bersemangat untuk bekerja, cubalah kemaskan meja kerja Anda di pejabat.

"Saat merasa tak berdaya menjalani pekerjaan dengan bersemangat, saya mengemaskan meja kerja. Sejurus kemudian saya merasa bahagia," ungkap Gretchen. Mengemaskan meja kerja akan membantu minda Anda menciptakan kesan seolah-olah pekerjaan Anda sudah selesai.

7. Mencatit daftar tugas yang sudah dilakukan
Kita biasanya membuat coretan "to-do-list" untuk tugas-tugas yang dilakukan sepanjang hari. Dari menyiapkan bahan presentation untuk meeting di pejabat, memesan air mineral dalam gelen, membuat temujanji dengan doktor, sampai mengantar si kecil membeli bahan-bahan untuk tugas sekolah. Tanpa sedar, daftar tugas seperti ini mampu membuat Anda berasa terbeban. Lain kali, cuba berikan keutamaan untuk tugas-tugas yang harus dilakukan terlebih dulu. Setelah selesai satu tugas, carik perkataan tugas tersebut dari daftar Anda. Jika ada tugas lain yang harus dilakukan sepulang pejabat, pindahkan tugas tersebut pada bahagian terbawah senarai daftar Anda.

0 ulasan: