BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

4.3.10

9 AMALAN PENUNJANG KEKAL CANTIK



Wanita mana yang tak ingin selalu tampil cantik? Sayangnya, jika tak dirawat, kecantikan semulajadi seseorang itu boleh memudar. Perhatikan beberapa perkara di bawah ini untuk membantu Anda tampil cantik sentiasa.

Perhatikan Kualiti Air
Pengaruh pemanasan global sudah mulai terasa di mana-mana, termasuk pencemaran yang menyerang air bawah tanah di rumah kita. Selalunya kesan gatal-gatal pada kulit disebabkan oleh Penurunan kualiti air tersebut. Sebaiknya pilihlah sabun dengan ekstra pelembap agar kulit sentiasa terjaga kesihatan dan keindahannya.

AmalanTeh Hijau
Di samping air suling dan susu rendah lemak, meminum teh hijau juga dipercaya mampu mencegah munculnya kedutan pada kulit. Teh hijau mengandung zat epigallocatechin gallate (EGCG), yang boleh memperbaiki kerosakan jaringan kolagen pada lapisan dermis kulit. 


Jaga Stress Anda
Tahukah Anda, bahwa stress mampu meningkatkan hormon kortisol pada tubuh? Akibatnya, kadar minyak pada kulit akan meningkat dan muncullah aneka masalah yang menyerang kulit (seperti jerawat, psoriasis, rosacea, dan seborrhea). Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan untuk mencegah munculnya aneka penyakit kulit tersebut adalah meditasi, latihan pernafasan, dan yoga.

Perhatikan Sistem Ventilasi (Pengudaraan) Rumah
Di samping pencemaran udara yang memang boleh merosak jaringan kulit kita, ternyata ruangan tertutup juga mampu mengakibatkan kulit menjadi semakin kering dan kedut pada wajah pun akan semakin nampak jelas. Kalau ventilasi (Pengudaraan) ruang di rumah Anda kurang baik, sering-seringlah membuka pintu agar aliran udara boleh berjalan dengan lancar.

Pakai Krim Pelindung UV
Ternyata radiasi sinar UV tetap boleh menembus masuk ke dalam ruang tertutup sekalipun, maka biasakanlah untuk selalu memakai krim pelindung UV setelah menggunakan pelembap setiap kali sehabis membersihkan wajah pada pagi hari.

Hadkan Pengambilan Produk Susu
Bagi beberapa orang yang memiliki kulit sangat berminyak, sebaiknya jangan terlalu banyak meneguk susu dan produk susu lainnya. Kandungan lemak yang terdapat pada jenis minuman dan makanan ini boleh menjadi pencetus utama munculnya jerawat pada kulit Anda. Sebagai alternatif untuk menjaga jumlah kalsium pada tubuh Anda, cubalah untuk mengambil kalsium dalam bentuk tablet atau effervescent yang langsung larut dalam air.  

Perhatikan Produk Pembersih Wajah
Salah memilih sabun pembersih wajah boleh mengakibatkan masalah bagi kulit wajah Anda. Sebaiknya gunakanlah sabun pembersih wajah yang tak menghasilkan terlalu banyak buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit menjadi kering.

Pilih Produk Berasaskan Molekul Air
Wax, foam, dan aneka produk rambut lain biasanya mengandung kadar minyak yang boleh menyumbat liang roma kulit di sekitar rambut Anda. Pilihlah produk rambut yang diperbuat dari bahan dasar air. Di samping selamat untuk kulit, produk jenis ini juga lebih mudah dibersihkan. 


Cukupkan Waktu Tidur
Pastikan Anda memejamkan mata selama 7-8 jam setiap harinya. Kualiti tidur yang baik akan membawa pengaruh positif bagi kulit Anda.

0 ulasan: