BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

13.3.10

4 MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT) YANG PERLU DIAMALKAN



Jika kita memasuki farmasi atau toko kesihatan, terdapat begitu banyak makanan tambahan multivitamin yang disusun atur di rak. Tetapi, pernahkah kita tergerak untuk membelinya, kecuali bila dipaksa oleh promoter terbabit?

Sebahagian besar dari Anda mungkin akan berfikir, jika Anda sudah mendapatkan vitamin dan mineral dari sumber bahan makanan semulajadi, untuk apa mengamalkan makanan tambahan tersebut? Masalahnya, seberapa banyak atau harus kita amalkan untuk kekal sihat? Apakah buah-buahan dan sayuran yang kita amalkan setiap hari sudah cukup tahaf khasiat yang dianjurkan? 

Menurut Dr Alan Logan, doktor naturopati dan pengajar di Harvard’s School of Continuing Medical Education, dalam situasi dimana keperluan vitamin dan mineral Anda tak tercukupi, ada empat jenis makanan tambahan yang boleh Anda amalkan.Perlu ingat, suplement bukanlah pengganti makanan sihat yang harus kita amalkan, melainkan makanan tambahan.


1. Multivitamin atau mineral
Mengamal suplement ini secara teratur setiap hari akan memastikan Anda mendapat semua vitamin dan mineral yang Anda butuhkan. Kerana semua vitamin dan mineral itu saling melengkapi untuk memberikan manfaat kesihatan yang terbaik. Jika Anda mengamalkan vitamin A, vitamin C, vitamin E, atau berbagai vitamin antioksida lain secara berasingan, hal ini justeru akan merugikan. Anda akan mendapatkan pengaruh pro-oksidatif.  Amal satu multivitamin yang tidak melebihi tahap dos harian.

2. Vitamin D
Paparan sinar matahari pagi akan memberikan cukup vitamin D selama beberapa minggu. Namun penggunaan sunscreen dapat menghalang kemampuan kita menyerap vitamin D. Dr Logan juga mengatakan bahawa mengamalkan vitamin D secara berasingan (di luar multivitamin) tidak akan merugikan. Sayangnya, sebahagian orang di beberapa tempat yang kurang mendapatkan sinar matahari tidak akan mendapat kesempatan ini. Kerana itu, mereka perlu mengamalkan makanan tambahan dengan vitamin D untuk memenuhi keperluannya. Dos yang disarankan adalah 1.000 IU (International Unit) sehari. 

3. Minyak ikan
Asam lemak ini biasanya ditemukan dalam ikan atau tumbuh-tumbuhan. Ikan dianggap sebagai sumber omega-3 yang lebih baik daripada tumbuhan, kerana omega-3 yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan (disebut asam alpha linolenic) perlu dihadam oleh liver menjadi DHA untuk mendapatkan manfaatnya. Sedangkan kebanyakan Omega-3 yang didapati pada ikan sudah dihadam oleh ikan itu sendiri. Maka, jika Anda tidak mengamal memakan ikan berlemak minima tiga kali seminggu, Anda perlu mengamalkan suplement minyak ikan.

Sementara itu jika Anda seorang vegetarian, Anda boleh mendapatkan asam lemak Omega-3 dari tumbuhan, seperti flaxseed, walnut, dan tanaman kekacang lainnya. Pastikan juga Anda mendapatkan cukup vitamin B6 dan vitamin B3, asam folat, zink, dan selenium, untuk memaksimumkan angka hadamnya. Dos harian yang disarankan adalah 1 gram minyak ikan dengan EPA/DHA.


4. Probiotik.
Jika Anda tidak mengamalkan makanan yang diproses bekukan, seperti yogurt, secara teratur, Anda mungkin tidak akan memperoleh cukup banyak bakteria baik di dalam sistem penghadaman untuk mencerna dengan baik. Sebagai gantinya, Anda perlu mengambil suplement probiotik. Perlu Anda ketahui, banyak juga yogurt yang memiliki kualiti rendah. Oleh itu, pandai-pandailah memilih yogurt yang lebih elok dan semulajadi. Jenis probiotik yang boleh menjadi pilihan antara lain adalah kefir, atau yogurt Yunani. 

0 ulasan: