BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

28.10.10

* TIPS UNTUK KE SALOON RAMBUT



Banyak orang yang merasa kecewa setelah melihat hasil akhir dari guntingan rambut. Mengapa rambut jadi jauh lebih pendek dari yang Anda inginkan? Mengapa fesyennya tidak serupa dengan gambar model rambut yang Anda sarankan?

Dinyatakan, ada beberapa faktor yang menyebut tentang sesi gunting rambut tidak berjalan sesuai keinginan. Anda mungkin pernah mengalami situasi di bawah ini ;

1.       Jangan duduk dengan bersilang kaki.
Percaya atau tidak, duduk dengan bersilang kaki akan membuat kontor tubuh Anda jadi senget. Akibatnyanya, hasil gunting rambut jadi tidak rata antara yang kiri dan yang kanan.

2.       Bawa gambar.
Sesi memotong rambut boleh jadi kusut jika hair stylist tidak faham apa yang Anda inginkan. Paling mudah, bawalah gambar model rambut yang Anda ingin tiru. Ditambah info tambahan mengenai panjang atau ketebalan yang Anda mahu, tentu proses menggunting akan jadi sempurna.

3.       Bersikap positif.
Anda boleh membawa majalah yang mempapar rambut model atau selebriti yang Anda inginkan. Tetapi perlu diingat, tekstur rambut dan bentuk wajah Anda mungkin tidak sama dengan selebriti tersebut. Sehingga, Anda tidak mungkin mendapatkan hasil akhir yang sama dengannya. Mintalah pendapat hairstylist mengenai gaya gunting yang sesuai untuk rambut Anda.

4.       Beritahu dengan tangan.
Jangan memberitahu pada hairstylist, berapa panjang rambut yang ingin dipotong, tapi tunjukkan dengan tangan. Atau, tunjukkan dimana paras pendek rambut Anda, misalnya sebatas bahu atau tengkuk.

5.       Mewarna rambut setelah dipotong.
Jangan mewarna rambut lebih dulu jika Anda juga berniat hendak memotongnya. Tambahkan highlight atau warna rambut yang baru setelah Anda melihat hasil guntingan itu.

6.       Minta pendapat hairstylist.
Pendandan rambut membuat potongan rambut Anda lebih sempurna. Jadi, ketika hairstylist selesai mendandan rambut Anda, mintalah pendapat mengenai cara mengemas kini rambut yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

7.       Cari maklumat tentang produk rambut.
Untuk mendapat kesan tepatbagi potongan rambut baru, dapatkan info terkini tentang produk-produk dandanan rambut yang ada dipasaran.

8.       Jangan gerun untuk berubah gaya.
Kadang-kala, gaya rambut yang tidak Anda minati ternyata lenih sesuai dengan bentuk wajah Anda setelah Anda mencuba gayanya. Jadi, jangan ragu untuk merubah fesyen rambut yang baru.

Untuk memilih gaya yang sesuai dengan jenis rambut Anda :

* Rambut tipis dan halus.
Buat rambut yang pendek dan ringan.

* Rambut sedang dan kasar.
Buat rambut dengan ketebalan sederhana dan cenderung kasar. Juga boleh dibentuk dengan gaya apapun.

* Rambut yang tebal atau berat.
Buat rambut panjang di paras sederhana

1 ulasan:

Amri Abd Rani berkata...

salam Riesna..

bagi yg kekurangan rambut camne...huhu