BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

9.11.10

6 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG UBAT GIGI



Ada begitu banyak produk ubat gigi di pasaran yang menjanjikan gigi Anda lebih segar, lebih putih, dan mencegah kerosakan. Hal ini menyebabkan Anda sebagai pelanggan menjadi bingung untuk memilih mana yang terbaik. Kandungan apa yang kita perlukan? Seberapa banyak ubat gigi yang harus kita gunakan? Mana yang lebih baik antara bentuk gel atau krim? Berikut adalah panduannya.

1.       Fluoride, bahan yang terpenting
Saat ini, ada begitu banyak produk ubat gigi yang diperkaya dengan kandungan sesuai keperluan gigi kita, seperti tartar control, pemutih, atau penyegar nafas. Namun, dalam ubat gigi yang paling penting adalah fluoride. Menurut Academy of General Dentistry, menggosok gigi dengan ubat gigi ber-fluoride dua kali sehari mampu mengurang kerosakan gigi hingga 40 persen.

2. Pemutih tidak akan membuat gigi jadi putih segera
Ada pelbagai produk yang menjanjikan senyum yang cemerlang, tetapi apa kandungan dari ubat gigi dengan whitener ini? "Ubat gigi dengan pemutih mengandung 'pegikisan' ringan untuk membantu menghilangkan noda di permukaan gigi," kata Clifford Whall, PhD, President American Dental Association (ADA) Seal of Acceptance Programme.
Bentuk konsep yang digunakan pada produk pemutih diubahsuai untuk membersihkan kotoran tersebut dengan lebih baik sehingga Anda mampu melihat adanya perbezaan pada gigi Anda. Meskipun begitu, produk-produk ini tidak mengandungi pemutih sehingga tidak mungkin membuat gigi Anda segera putih sepertimana Anda menjalani perawatan pemutihan gigi secara profesional.

3. Lebih sedikit, lebih baik
Dalam iklan-iklan ubat gigi mungkin Anda akan melihat model memegang berus gigi yang dipenuhi ubat gigi. Namun, memicit ubat gigi sebanyak ini (katakan, sepanjang 2 cm) tidak akan membuat gigi Anda lebih bersih daripada jika Anda hanya mengguna 1 cm ubat gigi, menurut E Jane Crocker, RHD, Presiden Massachusetts Dental Hygienists’ Association.
"Yang Anda perlukan hanya ubat gigi seukuran kacang," katanya. Ubat gigi sebanyak itu tidak hanya akan membuat penggosokan gigi lebih efektif (dengan membersihkan dan menghilangkan plak, kotoran, dan sisa makanan), Anda juga akan dapat berjimat ubat gigi Anda.


4. Cara Anda memberus gigi jauh lebih penting
Anda boleh membeli ubat gigi terbaik, dan berus gigi paling sempurna di kedai, tetapi jika Anda tidak menggosok gigi Anda dengan betul, sia-sia sahaja. "Untuk memberus gigi, Anda harus memegang batang berus gigi pada posisi 45  sehingga Anda membuat bulu berus gigi berada di antara gigi dan gusi," ujar Dr Whall. "Gerakkan berus gigi dalam bentuk lingkaran kecil di area tersebut, lalu lanjutkan pada gigi yang lain. Proses ini akan menghabiskan waktu sekitar satu atau dua minit sehingga selesai."

5. Kandungan ubat gigi boleh membingungkan
Anda mungkin tidak mengenali nama-nama yang terdaftar di sisi kotak ubat gigi. Bahan-bahan seperti rumput laut atau detergent boleh ditemui dalam banyak ubat gigi fluoride. Menurut ADA, bahan penyental ubat gigi banyak diperbuat dari koloid rumput laut, koloid mineral, dan getah alam. Sedangkan untuk buihnya, kebanyakan produk mengadun detergen seperti sodium lauryl sulfate, yang juga boleh ditemui di sampoo atau sabun cair. Bahan ini dianggap 100 persen selamat dan efektif oleh ADA.

6. Jenis krim atau gel?
Ada yang berkata, bentuk krim lebih baik daripada bentuk gel, atau sebaliknya. Namun, menurut para ahli kesihatan, kedua jenis bahan ini tetap membersihkan gigi dengan baik. "Selain cita rasa, tekstur, atau bagaimana ubat gigi itu mempengaruhi perasaan si pemakai, tidak ada perbezaan besar dari bentuk-bentuk bahannya," kata Crocker. "Menurut saya, hal ini tergantung pada pilihan masing-masing, yang biasanya diketahui melalui trial and error. Saya sendiri mendorong para pesakit saya menggunakan produk jenis apa pun yang mampu membuat mereka gemar menggosok gigi." Dengan kata lain, terserah hendak memilih produk yang bagaimana, yang penting Anda rajin menggosok gigi!

0 ulasan: