BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

4.3.12

KEBIASAAN TERBAIK DI AWAL PAGI


Paling menjengkelkan bila diwaktu pagi-pagi lagi sudah terjadi pertengkaran dengan orang tersayang, dan dituruti pula kes ketinggalan komuter untuk ke tempat kerja Mood kita pasti langsung menjunam, dan hal-hal sebegini pasti mempengaruhi prestasi kerja kita sepanjang hari. Seperti ada sahaja yang tak kena dengan setiap apa yang dilakukan. Seperti peribasahasa ‘ sudah jatuh ditimpa tangga pula’.

Namun percayalah, andai Anda mengawal rutin harian dengan lima kebiasaan seperti dibawah ini, dijamin hari-hari yang dilalui pasti menyenangkan.

Buat Regangan badan sebaik bangun tidur.
Berbanding masih memejamkan mata lagi atau berlamun sambil "mengumpulkan nyawa" diwaktu hendak bangun tidur, ada baiknya regangkan tubuh Anda. Regangkan jari-jari tangan, kaki, lalu pulas perlahan pergelangan kaki.Mengeliat kecil agar peredaran darah menjadi lancar. Menguaplah sepuas-puasnya juga untuk menghirup sebanyak mungkin oksigen.

Minum air kosong sebelum sarapan.
Di waktu bangun tidur, tubuh kita akan mengalami perhidratan. Buktinya, Anda pasti merasa dahaga. Situasi Perhidratan ini sebenarnya dapat memperlambatkan metabolisma tubuh. Oleh itu sebelum menikmati teh manis, susu coklat hangat, dan roti, minumlah terlebih dulu segelas air kosong. Menurut majalah Obesity, sel-sel tubuh yang dipenuhi keperluan airnya tidak hanya meningkatkan daya bekerja dengan lebih baik, tetapi turut bantu membuang lemak.

Sarapan berprotein.
Sarapan adalah makanan paling penting dalam rutin  hidangan seharian. Dengan bersarapan, Anda akan menerima lebih sedikit kalori sepanjang hari kerana sebahagian calorie intake disisihkan untuk pagi hari. Sarapan juga membuat Anda dapat berpikir lebih baik dan lebih mampu berkonsentrasi dalam tugas. Yang penting, masukkan makanan yang mengandung protein ke dalam menu sarapan Anda. Sesuaikan menunya dengan kehendak Anda. Terlalu kenyang juga akan membuat Anda mengantuk.

Biarkan peredaran darah lancar.
Berangkat ke pejabat dengan menempuh perjalanan selama dua jam memang membuat tubuh kurang segar. Biasakan bersenam ringan pada pagi hari, kerana kadar metabolisma tubuh yang lancar mampu menjauhkan rasa stress dari diri. Senaman pagi juga amat baik bagi memastikan tubuh Anda sedia "berjuang" dengan jadual kerja yang padat sepanjang hari. Tidak perlu mencari tempat yang jauh atau memerlukan waktu yang lama. Cukup hanya latihan ringan selama 10 minit untuk melancarkan peredaran darah.

Secawan kopi sahaja.
Ramai mengatakan kopi mampu meningkatkan konsentrasi, atau membantu bekerja lebih baik. Namun, jangan mengamalkan pengambilan kopi secara berlebihan. Secawan kopi pada pagi hari (atau waktu petang, tergantung kesesuaian) sudah cukup. Kafein berlebihan akan membuat Anda gelisah dan meningkatkan denyut jantung Anda. Sebagai gantinya, nikmati secawan teh hijau. 

0 ulasan: